Medical profession

Kenyataan Akhbar KPK 31.5.2017 – Isu Kemalangan Jalan Raya di Kalangan Anggota Kesihatan

Kemalangan jalan raya merupakan salah satu masalah kesihatan awam yang semakin mendapat perhatian sejagat. Antara faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya adalah pemandu yang memandu dalam keadaan penat dan mengantuk. Kepenatan akibat tidur yang tidak mencukupi atau sleep deprivation adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah faktor sosial, faktor persekitaran, faktor pekerjaan serta faktor kesihatan. Memandu kenderaan dalam keadaan yang penat dapat meningkatkan risiko kemalangan jalan raya. Kepenatan yang ketara boleh membuatkan kita leka atau kurang sedar apa yang berlaku di jalan raya. Ia juga mengurangkan keupayaan kita untuk bertindakbalas dengan cepat dan selamat sekiranya menghadapi situasi yang berbahaya di jalan raya.

Akhir ini, isu kemalangan jalan raya di kalangan Doktor Perubatan telah mendapat perhatian ramai, terutama bagi kemalangan ulang alik (commuting accident). Berdasarkan data jumlah kemalangan ulang-alik (commuting accident) di kalangan kakitangan hospital KKM pada tahun 2014 sehingga 2016, didapati terdapat sebanyak 554 kes kemalangan jalan raya yang telah melibatkan anggota kesihatan dari pelbagai kategori yang bertugas di hospital KKM, seperti berikut (Jadual 1):

t1

Bagi jangka masa 3 tahun tersebut, 69 kes adalah kemalangan semasa pulang dari tempat kerja selepas bekerja di luar waktu pejabat, di mana pecahan kes adalah seperti berikut:

t3

KKM prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan anggota KKM. KKM juga berterima kasih dan mengambil maklum saranan pelbagai pihak yang turut prihatin akan keselamatan dan kebajikan anggota kesihatan KKM yang telah selama ini berbakti memberikan perkhidmatan kesihatan kepada Rakyat. Justeru KKM akan terus mengambil langkah-langkah proaktif bagi menambahbaik kebajikan dan keselamatan anggota KKM dari semasa ke semasa.

Memandangkan hospital-hospital KKM sememangnya menawarkan perkhidmatan kesihatan berterusan selama 24 jam, adalah menjadi lumrah tugasan anggota kesihatan yang bertugas di hospital untuk bekerja di luar waktu bekerja biasa. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kakitangan dan terdapat peruntukan sediada berdasarkan pekeliling yang telah dikeluarkan untuk memberi kelonggaran tertentu kepada anggota kesihatan berdasarkan budi bicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada keperluan perkhidmatan di hospital.

Sebagai langkah pencegahan, KKM akan berganding bahu dengan agensi-agensi berkaitan, contohnya seperti MIROS, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan, selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

WhatsApp Image 2017-05-29 at 9.28.13 PM

Semua anggota KKM disarankan mengambil berat tentang keselamatan diri mereka dan mengamalkan budaya pemanduan yang selamat, terutamanya selepas tugasan diselesaikan. Jika kelesuan atau mengantuk, mereka disarankan untuk mengambil masa untuk berehat atau tidur sebentar sebelum memandu. Ini bagi memastikan mereka dapat memandu dengan selamat semasa dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarga tersayang.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Mei 2017

WhatsApp Image 2017-05-29 at 11.33.00 AM

Categories: Medical profession, Press

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s