Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 31 Mei 2017 – Makanan Sihat & Selamat Untuk Ramadhan Sihat

Bulan mulia kembali lagi dan saat berbuka pasti menggembirakan setelah seharian berpuasa. Juadah Bazar Ramadhan pasti menjadi tumpuan selain gerai, restoran dan hotel-hotel yang menyediakan juadah berbuka puasa. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan agar orang ramai sentiasa peka terhadap kesihatan mereka dan anggota keluarga mereka terutamanya dalam memilih makanan yang sihat dan selamat dari kejadian keracunan makanan. Pencemaran makanan boleh berlaku apabila makanan disediakan dalam keadaan tidak bersih atau dimakan melebihi 4 jam selepas disediakan yang disimpan pada suhu bilik.

Jadilah pengguna yang bijak dan mengutamakan kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan sebelum menikmati juadah yang dibeli untuk berbuka puasa:

  • Pilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan.
  • Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan serta melaporkan premis yang kotor kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan terdekat.
  • Beli juadah hanya mengikut keperluan, bagi mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan. Untuk lebih mudah, sentiasa amalkan “suku suku separuh” dalam setiap hidangan yang diambil (Suku – nasi atau sumber karbohidrat yang lain, suku – sumber protein seperti ikan, dan separuh – sayur dan buah).

15380566_10153940775121237_8823829613357204578_n

  • Kurangkan membeli makanan yang bergoreng dan bergula, serta minuman manis.
  • Beli pelbagai jenis buah-buahan bagi menggantikan kuih-muih yang manis.
  • Pastikan sayur-sayuran dimasukkan dalam senarai makanan yang dibeli.
  • Makanan yang hendak dimakan lewat malam atau semasa sahur hendaklah dipanaskan dengan sempurna.
  • Sentiasa amalkan “Lihat, bau dan rasa” sebelum menikmati makanan.

5-cara-menjamin-keselamtan-makanan

Para peniaga makanan untuk juadah berbuka puasa perlu sentiasa bertanggung jawab dengan mengamalkan kebersihan dalam pengendalian makanan selamat bagi memastikan makanan yang mereka sediakan tidak menyebabkan keracunan makanan.

Semoga kita sentiasa sihat melalui pemilihan makanan sihat dan selamat sepanjang bulan yang mulia ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

31 Mei 2017

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s