Kenyataan Akhbar KPK 5 Jun 2017 – Kesilapan Penyerahan Mayat di Hospital Kajang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kejadian kesilapan penyerahan mayat kepada salah sebuah rumah kebajikan untuk urusan pengebumian sepertimana dalam laporan akhbar Harian Metro Online pada 4 Jun 2017.

metro

Jenazah Cina beragama Islam tersebut adalah berusia 74 tahun dan merupakan satu-satunya penganut Islam dalam keluarganya. Beliau sebelum ini menetap di sebuah Rumah Kebajikan di Kajang. Makluman dan siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Hospital Kajang telah mengesahkan bahawa telah berlaku kesilapan penyerahan mayat dan siasatan mendalam kini sedang dijalankan oleh pihak Hospital dan JKNS.

Pihak KKM berasa sangat kesal dan memandang serius insiden ini. KKM berpendirian bahawa ianya tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital kerana sememangnya pihak hospital dan Unit Forensik sudahpun mempunyai garis panduan serta Standard Operating Procedure (SOP) of Forensic Medicine; di mana ianya telah menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris. Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan terlibat yang telah tidak mematuhi garis panduan serta SOP ini.

Pengurusan abu mayat telah diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Rumah Kebajikan yang terbabit. Pihak KKM juga telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelakkan hal yang sama daripada berulang.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

5 Jun 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s