Kenyataan Akhbar KKM 1 Julai 2017 – Kes Rabies di Negeri Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingn memaklumkan berkaitan kejadian tiga (3) kes di kalangan kanak-kanak yang dilaporkan telah dijangkiti virus rabies di negeri Sarawak.

Pada 29 Jun 2017, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak berkaitan tiga (3) kes viral encephalitis yang telah dimasukkan ke wad di Hospital Umum Sarawak (SGH) yang disyaki dijangkiti virus rabies. Pada 30 Jun 2017, keputusan makmal bagi ketiga-tiga kes adalah positif bagi virus rabies.

rbies

Kes pertama adalah kanak-kanak lelaki, berumur 4 tahun dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian. Kanak-kanak mula mengalami demam sejak 5 Jun 2017 dan telah mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Balai Ringin, Serian pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, keadaan kes semakin tenat dan mengalami kesukaran bernafas dengan perubahan tingkahlaku, bersifat agresif dan hidrofobia (takut kepada air atau takut minum air). Pada 8 Jun 2017, kes telah dimasukkan ke wad di Hospital Serian dan selanjutnya pada 9 Jun 2017 dirujuk ke SGH bagi rawatan lanjut. Keadaan kes tenat dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, SGH. Kes mempunyai sejarah gigitan anjing kira-kira 2-3 bulan sebelum onset gejala.

Kes kedua adalah kanak-kanak perempuan, berumur 6 tahun dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian. Kes ini adalah kakak kandung kepada kes pertama. Kes mulai mengalami demam pada 12 Jun, 2017. Pada 14 Jun, 2017, kes dibawa ke klinik Kesihatan Balai Ringin kerana demam melarat, perubahan tingkahlaku serta agresif. Kes telah dibawa ke Hospital Serian pada 15 Jun 2017 dan pada 16 Jun 2017, kes dirujuk ke SGH untuk rawatan lanjut. Keadaan kes tenat dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, SGH. Pihak JKN Sarawak sedang berusaha untuk mendapatkan sejarah gigitan anjing pada kanak-kanak ini.

Kes ketiga adalah kanak-kanak perempuan, berumur 7 tahun dari Kampung Lebur, Gedong. Kes mula mengalami demam pada 23 Jun, 2017 dan keesokan harinya, kes telah mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Serian. Keadaan kes semakin merosot dengan perubahan tingkahlaku dan bersikap agresif serta hidrofobia. Pada 28 Jun, 2017, kes telah mengalami sawan (fit) dan terus dibawa ke SGH. Keadaan kes tenat dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, SGH. Kes mempunyai sejarah gigitan anjing kira-kira sebulan sebelum onset gejala.

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies. Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia. Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala. Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma. Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.

Virus+reaches+brain+and+causes+fatal+encephalitis.
Figure Pathology of rabies infection. Virus reaches brain and causes fatal encephalitis. Virus ascends spinal cord. Virus enters salivary glands and other organs of victim. Virus moves up peripheral nervous system to CNS. Virus replicates in muscle near bite and enters neuron of peripheral nervous system. Virus enters tissue from saliva of biting animal.

Pihak JKN Sarawak telah melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan ke atas kejadian ini melalui aktiviti berikut:

  1. Pengurusan kes jangkitan rabies.
  2. Pengeluaran health alert kepada semua pengamal perubatan.
  3. Membuka bilik gerakan untuk memantau kejadian dan menyelaras aktiviti pencegahan dan kawalan wabak.
  4. Mengukuhkan aktiviti survelan pemantauan kes gigitan anjing dan haiwan liar.
  5. Mengukuhkan pengurusan kes gigitan anjing dan haiwan liar.
  6. Menyediakan stockpile vaksin rabies yang mencukupi.
  7. Meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan penyakit rabies dan langkah pencegahannya.

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang awam yang tinggal di daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:

  1. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar;
  2. Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar;
  3. Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;
  4. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  5. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

KKM juga telah mengingatkan daerah-daerah lain yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia supaya meningkatkan pemantauan kes gigitan anjing di daerah masing-masing. KKM akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veteriner dan agensi lain yang berkaitan bagi memastikan jangkitan virus rabies di kalangan manusia dapat dikawal dan tiada penularan lanjut berlaku.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 1 Julai 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s