Blog

KOSPEN – Komuniti Sihat Pembina Negara

YAB PM @NajibRazak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 30 million kepada program “Komuniti Sihat Pembina Negara” (KOSPEN) di lebih 10,000 lokaliti di seluruh Negara. Ini akan membantu pelaksanaan inisiatif penting ini, yang akan turut menjadi komponen dalam Enhanced Primary Health Care (EnPHC).

WhatsApp Image 2017-11-01 at 5.04.37 PM (1)

Apa itu KOSPEN?

KKM telah memulakan satu inisiatif berasaskan komuniti bagi memperkasakan kesihatan khusus bagi mencegah dan mengawal faktor risiko Penyakit Tidak Berjangkit yang dipanggil KOSPEN. Program promosi kesihatan di dalam komuniti ini dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan telah dilancarkan pada tahun 2013. KOSPEN telah berkembang secara berperingkat dan kini ia merupakan salah satu inisiatif utama oleh KKM bagi memerangi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang kian meningkat, misalnya kencing manis, darah tinggi, penyakit cholesterol tinggi, kesan merokok dan obesiti.

WhatsApp Image 2017-11-01 at 5.04.37 PM (2)

Sehingga kini, ia mempunyai lebih daripada 41,000 sukarelawan terlatih dari kalangan masyarakat di seluruh negara (Pasukan Gerak Sihat Malaysia – GSiM) yang telah diberi latihan untuk mengambil melakukan pemeriksaan tekanan darah, glukosa darah, Indeks Massa Tubuh (BMI) dan sebagainya. Mereka juga boleh memberi nasihat ringkas tentang kesihatan dan menganjurkan aktiviti intervensi peringkat komuniti. KKM bangga dengan penglibatan para sukarelawan ini dan mereka merupakan “duta kesihatan” KKM di lapangan.

Maklumat lanjut layari:
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/projekkhas/kospen.php
https://m.facebook.com/kospenkkm/

Berminat untuk menjadi sukarelawan KOSPEN? Hubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat anda.

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s