Kenyataan Akhbar KPK 8 November 2017 – Penguatkuasaan Kesihatan Awam Ke Atas Penjualan Rokok di Bawah Harga Minima

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu kemudahdapatan rokok yang tidak mematuhi undang-undang negara. Dewasa ini didapati penjualan rokok di bawah harga RM 10.00 sedang berleluasa di seluruh Negara meskipun undang-undang berkaitan harga minima rokok ini telah dipinda pada tahun 2015.

Di bawah Peraturan 8C(1), Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) yang jelas menerangkan harga minimum rokok bagi setiap paket dua puluh batang adalah RM10.00. Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

rkk6

Sehubungan dengan itu, satu operasi penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah dijalankan pada 30 dan 31 Oktober 2017 di seluruh negara. Penguatkuasaan dijalankan oleh pegawai diberikuasa dari pejabat kesihatan dan rokok yang didapati melanggar undang-undang dirampas. Berdasarkan risikan awal sebanyak 173 premis menjual rokok di bawah harga minimum.

Sebanyak 173 premis yang dilawati, semua premis (100%) didapati menjual rokok di bawah harga minimum semasa pemeriksaan dibuat. Sejumlah 12,441 paket rokok yang bernilai RM 71,420.40 telah dirampas. Kesemua peniaga yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 setelah izin diperolehi dari Timbalan Pendakwaraya negeri masing-masing.

Sebanyak 187 notis kesalahan dikeluarkan termasuk bagi kesalahan-kesalahan lain seperti penjualan rokok dalam paket terbuka (jualan rokok sebatang-sebatang). Sejumlah 12,441 paket rokok telah dirampas dengan jumlah nilai RM 71,420.40.

KKM memandang serius perbuatan melanggar undang-undang negara. Masyarakat perlu sedar bahawa undang-undang yang dikuatkuasa di bawah kementerian ini adalah bagi melindungi masyarakat daripada bahaya dan kemudaratan kepada kesihatan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan yang mendatangkan risiko. KKM akan meneruskan operasi penguatkuasaan secara berterusan sebagai langkah membendung gejala yang tidak sihat ini.

Sekian, terima kasih

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 NOVEMBER 2017

rkk5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s