Non-communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 14 November 2017 – Hari Diabetes Sedunia 2017

“Wanita dan Diabetes: Kesihatan Kita, Milik Kita, Hak Kita”

Sambutan Hari Diabetes Sedunia pada tahun ini disambut pada 14 November 2017, dengan tema “Wanita dan Diabetes: Kesihatan Kita, Milik Kita, Hak Kita” (“Woman and Diabetes, Our Right to A Healthy Future”) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyakit diabetes di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan wanita.

DM2

Penyakit diabetes adalah penyakit kronik yang semakin membimbangkan negara. Pada tahun 2016, seramai 422 juta daripada penduduk dunia yang berumur lebih daripada 18 tahun ke atas adalah penghidap penyakit diabetes. Daripada jumlah ini, 199 juta daripada mereka adalah wanita, Di Malaysia, seramai 3.6 juta (17.5%) penduduk berumur 18 tahun dan ke atas adalah penghidap diabetes, daripada jumlah ini, seramai 1.78 juta penghidap diabetes adalah wanita.

Untuk tahun ini, fokus diberikan kepada wanita. Kementerian Kesihatan komited di dalam memberikan akses penjagaan dan pengetahuan yang cukup supaya para wanita mampu mengawal penyakit diabetes. Di samping itu, wanita mengandung juga akan diberikan fokus yang sama di dalam mendapatkan saringan, didikan dan penjagaan yang sebaiknya untuk kesihatan ibu dan anak di dalam kandungan.

DM1

Adalah ditekankan buat semua ibu hamil yang berisiko untuk melakukan saringan untuk Gestational Diabetes Mellitus (GDM) pada 24-28 minggu kehamilan dengan ujian modified OGTT (mOGTT). Manakala bagi pesakit diabetes yang mahu hamil, perlulah menghadiri pre-pregnancy counselling (PPC) sebelum hamil supaya mereka mampu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik sebelum dan sewaktu kehamilan.

DM3

Kementerian Kesihatan menyambut baik inisiatif semua pihak baik dari pihak kerajaan, swasta mahupun NGO yang bersama-sama membantu untuk memberi kesedaran kepada orang awam terutamanya wanita mengenai bahaya penyakit diabetes. Semoga dengan peningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan wanita terhadap risiko penyakit diabetes diharap dapat mengubah tingkahlaku para wanita dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit diabetes, dan seterusnya akan mengurangkan kematian akibat dari komplikasi daripada penyakit diabetes ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

14 November 2017

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s