Kenyataan Akhbar KPK 18 November 2017 – Kejadian Kepulan Asap di Wad Isolasi, Hospital Sibu, Sarawak

Adalah dimaklumkan bahawa satu kejadian kepulan asap telah dikesan di Wad Isolasi Lelaki, Hospital Sibu pada kira-kira jam 8:29 pagi, 18 November 2017. Kepulan asap tersebut telah dikesan berpunca dari bilik tandas Wad 23 iaitu Wad Isolasi Lelaki yang terletak di tingkat 2 bangunan Blok K, Hospital Sibu oleh pekerja am (Cleansing Operative) yang dengan segera telah memaklumkan jururawat yang bertugas di wad tersebut.

Jururawat yang bertugas telah mengambil tindakan pantas untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengurus Fasiliti One Medicare serta pihak pengurusan hospital. Selaras dengan protokol keselamatan sediada, pengungsian wad tersebut telah dilakukan serta merta di mana pesakit, pelawat serta petugas kesihatan telah dipindah ke tempat selamat. Sebagai langkah berjaga-jaga, pengungsian bangunan dan blok-blok yang berhampiran juga turut dilakukan, iaitu di Blok J, M dan N.

WhatsApp Image 2017-11-18 at 6.08.00 PM

Dalam masa yang sama, pihak pengurusan Fasiliti One Medicare telah memaklumkan pihak BOMBA mengenai kejadian ini serta mengarahkan juruteknik yang bertugas untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan punca kepulan asap tersebut. Kepulan asap tersebut telah menyebabkan tindakbalas ke atas alat pengesan asap dan menyebabkan penggera kebakaran telah berbunyi.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak BOMBA berserta pihak One Medicare Sdn Berhad masih menjalankan siasatan lanjut untuk mencari punca sebenar berlaku kejadian. KKM dimaklumkan bahawa siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kebakaran dapat dikenal pasti yang mengakibatkan kepulan asap tersebut. Maklumat lanjut akan diberi oleh pihak berwajib apabila siasatan telah selesai.

WhatsApp Image 2017-11-18 at 6.08.02 PM

Tindakan pantas pekerja am, jururawat dan pihak BOMBA semasa kejadian tersebut telah berjaya mengosongkan wad dan bangunan tersebut dengan efisyen adalah amatlah dihargai. Kira-kira 1,000 orang terlibat dalam pengosongan tersebut termasuk seramai 399 pesakit yang telah dipindahkan tanpa sebarang kesulitan atau kecederaan kepada mana-mana individu.

Pihak BOMBA juga telah mengisytiharkan bahawa wad-wad tersebut selamat diduduki, kecuali dua (2) buah bilik wad isolasi yang masih dalam proses penyiasatan. Oleh itu, Wad Isolasi Lelaki tersebut adalah dikosongkan buat sementara waktu atas nasihat keselamatan oleh pihak BOMBA sehingga punca kepulan asap dikenalpasti dan keadaan telah berada dalam keadaan benar-benar selamat. Kesemua kawasan dan blok-blok lain yang dikosongkan telah mulai digunakan semula seawal 9:30 pagi setelah didapati selamat. Perkhidmatan rawatan tidak terjejas dan tiada kerosakan harta benda dilaporkan.

Sekian, terima kasih

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 NOVEMBER 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s