Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 24 November 2017 – Sempena Musim Cuti Persekolahan dan Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia (Bagi Minggu 46/2017 dari 12-18 November 2017)

Bagi tempoh 12 hingga 18 November 2017 (minggu ke 46), jumlah kes mingguan Denggi yang dilaporkan adalah 993 kes dan ini merupakan jumlah kes mingguan yang terendah pernah dicatitkan sejak 2014. Jumlah kumulatif kes Denggi yang direkodkan sehingga 18 November 2017 ialah sebanyak 78,062 kes berbanding 93,080 kes bagi tempoh yang sama tahun 2016, iaitu penurunan sebanyak 15,018 kes (16.1%). Bagi tempoh yang sama, jumlah keseluruhan kematian Demam Denggi di Malaysia juga telah menurun sebanyak 51 kematian (23.8%) di mana 163 kematian telah dilaporkan pada tahun ini berbanding 214 kematian dicatatkan pada tahun 2016.

Musim cuti sekolah akan bermula pada akhir bulan November. Pergerakan orang ramai secara meluas semasa cuti sekolah boleh menyebabkan jangkitan Demam Denggi lebih cepat merebak jika terdapat nyamuk Aedes di persekitaran mereka. Masyarakat dinasihatkan untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk terutamanya apabila melawat kawasan wabak sama ada dengan menggunakan bahan penghalau nyamuk (repellen) kepada bahagian badan yang terdedah untuk gigitan nyamuk atau mengenakan pakaian yang menutup anggota badan. Informasi mengenai senarai kawasan wabak dan hotspot Denggi juga boleh didapati daripada aplikasi iDengue di dalam telefon bimbit. Aplikasi iDengue ini boleh dimuat turun untuk android dan iPhone.

dg3

Selain itu, program Gotong Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Siri 2 bagi membendung penularan kes Denggi akan diadakan di seluruh negeri dan daerah melibatkan pelbagai jabatan dan agensi serta masyarakat setempat secara serentak pada 2 Disember 2017. Di peringkat kebangsaan, ia akan dilaksanakan di Kampung Baru Jementah, Segamat, Johor yang akan disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. Oleh demikian, KKM memanggil seluruh rakyat Malaysia untuk turut bersama menjayakan program tersebut di kawasan masing-masing. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah:

  1. Membersihkan kawasan dalam dan luar rumah
  2. Membersihkan tanah/lot kosong
  3. Membersihkan longgokan sampah
  4. Menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes

 

“Tiada Aedes, Tiada Denggi”

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

24 November 2017

 

 

dn1dn2

Categories: Communicable disease, Dengue, Dengue, Press

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s