Kenyataan Akhbar KPK 26 November 2017 – Pelepasan Pasukan Petugas Hospital Medan Malaysia ke Cox’s Bazar Bangladesh Bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Etnik Rohingya

Kerajaan Malaysia sangat prihatin di atas penderitaan yang dialami oleh pelarian Rohingya yang ramai kini berada di kem-kem pelarian di Bangladesh. Bagi membantu menangani masalah kesihatan yang semakin meruncing di kalangan pelarian Rohingya di Bangladesh ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia bagi menubuhkan dan melaksanakan operasi sebuah Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar Bangladesh, untuk kes-kes rujukan akut (acute referral cases) yang boleh menempatkan pesakit di antara 30 hingga 50 katil. KKM dengan kerjasama ATM dan NGO telah membuat persiapan yang sewajarnya bagi tujuan tersebut.

Seramai 28 pegawai telah berlepas ke Cox’s Bazar Bangladesh pada tarikh 20 – 22 November 2017 bagi mendirikan (set-up) Hospital Medan Malaysia. Pasukan ini terdiri dari anggota dari ATM, KKM dan Pertubuhan Bukan Kerajaan MyCorps. Pegawai-pegawai ATM yang terlibat dalam pasukan set-up ini telah diberi mandat oleh Kerajaan bagi mendirikan Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar Bangladesh. Manakala bagi menjalankan operasi Hospital Medan Malaysia ini pula akan dikendalikan oleh Pegawai-pegawai dari KKM dan sukarelawan dari NGO.

b7

Pada hari ini 26 November 2017, seramai 34 pegawai dari KKM dan NGO telah berlepas dari KLIA ke Bangladesh bagi membuat persediaan memulakan operasi Hospital Medan Malaysia. Operasi Hospital Medan ini akan diketuai oleh seorang pakar dari KKM dan dibantu oleh anggota KKM dan sukarelawan dari pelbagai agensi seperti IMAM Response & Relief Team (IMARET), Federation of Islamic Medical Association (FIMA), MERCY Malaysia, Malaysia Relief Agency (MRA), MyCorps dan Humanity Heroes. Hospital Medan Malaysia ini akan dikendalikan oleh seramai 50 anggota yang bertugas mengikut giliran. Para petugas terdiri dari anggota perubatan dan kesihatan seperti Pakar-pakar Perubatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Perubatan, Jururawat, Pegawai Farmasi, Juruteknologi Makmal, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan lain-lain.

b11

Untuk makluman, misi bantuan ini telah mendapat kerjasama dalam penghantaran peralatan perubatan, peralatan bukan perubatan, ubat-ubatan dan lain-lain ke­perluan ke Cox’s Bazar Bangladesh bagi menubuhkan dan operasi Hospital Medan Malaysia melalui pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh MAS Kargo dan Syarikat Pharmaniaga. Kolaborasi serta hubungan kerjasama yang rapat di antara KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah membantu melicinkan urusan bagi menubuhkan Hospital Medan Malaysia agar dapat beroperasi di Cox’s Bazar Bangladesh pada penghujung November 2017 ini.

b8

KKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerjasama yang dari pihak ATM dan sukarelawan yang sentiasa bersama bagi memastikan misi bantuan ini berjaya dilaksanakan. Petugas-petugas ini merupakan duta Negara di Bangladesh dan KKM sememangnya sangat menghargai dan berbangga dengan penglibatan mereka secara sukarela ini.

Sekian dan terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 November 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s