Kenyataan Akhbar KPK 27 November 2017 – Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Produk Gozout

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima maklumat berkenaan pengiklanan dan penjualan produk Gozout yang membuat pelbagai tuntutan perubatan dan kesihatan yang mengelirukan orang ramai. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga telah mengesahkan bahawa produk ini adalah bukan keluaran produk berdaftar dan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kerana ia mengandungi 100% bahan aktif.

Hasil daripada aduan yang diterima, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil tindakan serbuan terhadap produk Gozout di negeri Kelantan dan Terengganu yang melibatkan jumlah nilai rampasan sebanyak RM2.3 juta.

Penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan satu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Jika sabit kesalahan, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga ingin menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak terpengaruh dengan pengiklanan produk kesihatan tidak berdaftar dengan tuntutan perubatan yang melampau. Di samping itu, orang ramai juga diingatkan agar lebih peka dan berhati-hati terhadap pengiklanan dan penjualan produk kesihatan dalam talian (online).

12247802_968769213162450_1465570789303756348_o

Pihak kementerian juga ingin menasihatkan pemilik dan pengedar produk kesihatan supaya merujuk kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk mendapatkan nasihat berkaitan klasifikasi serta tuntutan kesihatan dan perubatan pada produk-produk kesihatan bagi memastikan produk-produk yang dijual di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Orang ramai digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk yang meragukan sebagai usaha bersama pihak kementerian untuk membanteras penjualan produk tidak berdaftar bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam. Aduan dan maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my / atau mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri yang berdekatan. Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras pengedaran produk ini di pasaran.

waspada-full

Orang awam diminta untuk sentiasa memastikan produk yang diguna adalah berdaftar yang mana produk tersebut mempunyai pelekat keselamatan hologram dan dilabel dengan nombor pendaftaran yang sah. Semakan status pendaftaran sesuatu produk pula boleh dibuat melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

27 November 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s