Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini isu susu rumusan bayi disyaki menggunakan cap dagangan tiruan seperti yang dilaporkan pada 10 Disember 2017 di mana pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor telah berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada paparan di ruangan Twitter oleh seorang wanita mengenai anggota keluarganya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya kerana disyaki dijangkiti penyakit MERS-CoV dan ingin memberikan penjelasan lanjut mengenainya. Untuk makluman, ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel milik pesakit tersebut […]
Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengambil maklum surat Encik David Marshel yang bertajuk ‘Kasihan orang Perlis, hospital tak ada kemudahan’ yang disiarkan oleh portal akhbar atas talian Malaysiakini bertarikh 21 Disember 2017. Adalah dimaklumkan bahawa kenyataan Encik David iaitu “tahap perkhidmatan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah lebih teruk dari […]
Merujuk kepada pengumuman yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) berkaitan penguatkuasaan sepenuhnya keperluan pendaftaran peranti perubatan di bawah seksyen 5, Akta 737 yang dikeluarkan pada 25 Julai 2017, adalah dimaklumkan bahawa PBPP dalam mesyuaratnya pada 18 Disember 2017 telah bersetuju untuk memberi pelanjutan bagi tempoh moratorium […]
Kementerian Kesihatan Malaysia pada 20 Disember 2017 telah mendakwa seorang pemuda berusia 23 tahun atas kesalahan menjual hasil tembakau melalui akaun laman media sosial (Facebook). Kesalahan tersebut dikesan pada bulan Oktober 2017 dan pasukan penguatkuasa kesihatan awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menjalankan operasi serbuan pada 19 […]
1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: 2. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita mengenai “Aduan bayi muntah teruk: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) rampas susu dipercayai palsu” yang disiarkan melalui media pada 10 Disember 2017. Laporan tersebut menyatakan pihak KPDNKK Johor telah berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu mengenai Kedutaan Kerajaan Arab Saudi yang melarang penjualan air zam-zam di mana-mana kedai termasuklah kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia. Air zam zam diperolehi dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah Peraturan […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum penularan berita di media cetak dan elektronik antarabangsa dan tempatan mengenai maklumat terkini berkaitan produk Dengvaxia serta penggantungan produk ini oleh negara Filipina. KKM ingin merujuk kepada kajian klinikal jangka masa panjang selama enam (6) tahun yang mendapati bahawa walaupun vaksin Dengvaxia memberikan pelindungan […]
You must be logged in to post a comment.