Non-communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 22 Disember 2017 – Tindakan Undang-Undang Terhadap Penjualan Hasil Tembakau di Atas Talian Melalui Laman Media Sosial

Kementerian Kesihatan Malaysia pada 20 Disember 2017 telah mendakwa seorang pemuda berusia 23 tahun atas kesalahan menjual hasil tembakau melalui akaun laman media sosial (Facebook). Kesalahan tersebut dikesan pada bulan Oktober 2017 dan pasukan penguatkuasa kesihatan awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menjalankan operasi serbuan pada 19 Oktober 2017 di daerah Petaling. Dalam transaksi jualan atas talian ini, hasil tembakau dengan pelbagai jenama telah dirampas melibatkan rokok-rokok yang dijual dengan harga serendah RM11.00 kepada pelanggan melalui laman Facebook.

Pegawai Kesihatan Persekitaran yang menjalankan pendakwaan di Mahkamah Petaling pada 20 Disember 2017 telah berhujah bahawa penjualan rokok atas talian ini melanggar beberapa peraturan yang lain termasuk pengiklanan hasil tembakau, penjualan hasil tembakau kepada remaja di bawah umur serta amaran kesihatan bergambar pada paket rokok. Peguambela yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah mempertimbangkan kesalahan pertama pelanggannya serta terdapat penglibatan pihak ketiga dalam penjualan atas talian ini. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM6,000.00 atau 6 bulan penjara terhadap tertuduh.

Penghakiman ini adalah satu bentuk pengajaran kepada semua orang agar tidak menjalankan urusan penjualan atas talian sewenang-wenangnya. Orang ramai yang ingin berniaga atas talian perlu faham keperluan undang-undang terlebih dahulu. Perbuatan menjual hasil tembakau atas talian perlu dikawal agar orang ramai khususnya remaja tidak dapat membeli atau memiliki hasil tembakau dengan mudah. Memberi ruang untuk kemudahdapatan rokok adalah salah satu sebab gejala merokok masih berlaku di kalangan remaja. Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap salahlaku ini.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

22 DISEMBER 2017

Categories: Non-communicable disease, Press, Smoking

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s