Hospital Services

Kenyataan Akhbar KPK 23 Disember 2017 – Maklumbalas Bagi Surat di Portal Akhbar Atas Talian Malaysiakini 21 Disember 2017 Bertajuk “Kasihan Orang Perlis, Hospital Tiada Kemudahan”

Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengambil maklum surat Encik David Marshel yang bertajuk ‘Kasihan orang Perlis, hospital tak ada kemudahan’ yang disiarkan oleh portal akhbar atas talian Malaysiakini bertarikh 21 Disember 2017. Adalah dimaklumkan bahawa kenyataan Encik David iaitu “tahap perkhidmatan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah lebih teruk dari hospital sesetengah pekan” adalah tidak tepat dan kemungkinan mempunyai motif tertentu.

IMG_9916
HTF adalah sebuah hospital kerajaan yang telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1909 dan menawarkan perkhidmatan berpakar bagi lebih 260,000 orang rakyat negeri Perlis dan juga ramai rakyat Kedah, terutama bagi kawasan berdekatan misalnya Kubang Pasu, Kedah. Saban tahun, perkhidmatan kesihatan dan perawatan pesakit di HTF telah berkembang dan meningkat dengan cemerlang. HTF menawarkan perkhidmatan kesihatan sekunder dan juga tertiari yang terdiri daripada perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam dan rawatan sokongan menggunakan teknologi yang canggih dan terkini.

Sehingga kini, terdapat 63 pegawai pakar perubatan merangkumi 15 Jabatan dan 11 bidang subkepakaran. Jumlah katil juga telah meningkat kepada 508 buah katil berbanding 408 sebelumnya, termasuk pembukaan Blok Wanita dan Kanak-kanak yang baru yang telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 9 Mei 2017. Setaraf dengan status hospital ini, HTF turut menawarkan perkhidmatan pengimejan “Magnetic Resonance Imaging” (MRI). Hasilnya, statistik menunjukkan keyakinan masyarakat setempat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di hospital ini adalah tinggi termasuk rakyat Negeri Kedah yang turut menjadikan hospital ini sebagai pilihan untuk mendapatkan rawatan.

Seperti juga bagi banyak bidang subkepakaran, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan perkhidmatan rawatan jantung secara “regional” (iaitu mengikut zon) untuk menampung keperluan pesakit di setiap zon di negara ini dan perkhidmatan ini tidak disediakan di semua hospital. Ini adalah supaya perkhidmatan jantung yang berkualiti tinggi dapat disediakan, pada kadar mampu milik bagi segenap lapisan masyarakat. Pengwujudan perkhidmatan kepakaran jantung juga memerlukan pakar dan anggota sokongan yang berkemahiran tinggi. Perancangan ini dijalankan dengan penuh tanggungjawab oleh KKM dengan mengambil kira pelbagai faktor.

Pada masa ini, terdapat tujuh (7) buah pusat rawatan jantung di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kardiologi, perkhidmatan pembedahan kardiotorasik, serta perkhidmatan anestesiologi kardiotorasik, iaitu:
• Hospital Pulau Pinang
• Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu (Johor)
• Hospital Umum Sarawak Kuching (Sarawak)
• Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu (Sabah)
• Hospital Serdang (Selangor)
• Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu (Kelantan)
• Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (Pahang)

Perkhidmatan kardiologi tanpa perkhidmatan pembedahan pula disediakan di tiga (3) buah hospital iaitu Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar (Kedah), Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (Terengganu) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (Perak). Perkhidmatan kardiologi juga merangkumi prosedur angiogram dan angioplasty yang memerlukan pengendalian dan pengawasan oleh pakar kardiologi terlatih.

Kemudahan jaringan jalanraya dan pengangkutan yang baik di Negeri Perlis memudahkan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan jantung secara “regional” di Alor Setar dan Pulau Pinang. Pesakit di HTF yang disyaki mengidap penyakit jantung akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan lanjut, manakala pesakit yang memerlukan pembedahan jantung akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang. Sehingga kini, sistem rujukan ini telah berjalan dengan lancar dan telah memanfaatkan begitu ramai pesakit di zon utara.

Tambahan pula, HTF tetap menyediakan perkhidmatan kepakaran sakit jantung melalui lawatan pakar jantung yang dilakukan secara berkala pada setiap bulan. Mengikut statistik daripada Klinik Pakar Kardiologi HTF, kes rujukan pada tahun 2016 adalah sebanyak 471 kes dan meningkat kepada 556 kes pada tahun 2017. Untuk meningkatkan lagi perkhidmatan rawatan jantung di zon utara, Kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi memperkembangkan perkhidmatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk merangkumi pembedahan jantung pada tahun 2018.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 Disember 2017

Categories: Hospital Services, Press

Tagged as:

1 reply »

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s