Month: January 2018

Maklumat Terkini Kes Keracunan Kopi Di Pulau Pinang – 31 Januari 2018

Makluman Terkini Kes Keracunan Kopi Di Pulau Pinang

Susulan daripada makluman ringkas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Penang (JKN PP) pada 30 Januari 2018, KKM ingin memaklumkan maklumat terkini mengenai kes beberapa pesakit yang telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas meminum sejenis kopi.

Kenyataan Akhbar KPK 27 Januari 2018 – Mesej Tular Palsu Mengenai Kes Influenza di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa khabar angin “anak kawan yang bersekolah di Kuala Pilah sah hidap H1N1” adalah tidak benar. Kes hanya positif influenza A dan bukan H1N1. Pada 10 Januari 2018, sebuah sekolah berasrama di Jempol, Negeri Sembilan telah melaporkan dua (2) orang pelajar mengalami […]

Stethee, the World’s First Artificial Intelligence (AI)-enabled Stethoscope System: A made in Malaysia disruptive digital medical device

Today is history in the making with the launch of Stethee, the world’s first Artificial Intelligence (AI)-enabled stethoscope system, a made in Malaysia medical device for the global market. Stethee is also the first device in the world that evolved from the traditional stethoscope which has not been […]

Kenyataan Akhbar KPK 24 Januari 2018 – Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati dan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun […]

Kenyataan Akhbar KPK 23 Januari 2018 – Penamatan Wabak Jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) di Malaysia’s

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada satu (1) kes yang telah disahkan jangkitan MERS-CoV pada 31 Disember 2017 dan dilaporkan di akhbar pada 1 Januari 2018, melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun dari Selangor, yang baru pulang dari mengerjakan umrah. Susulan pengesanan tersebut, pelbagai aktiviti pencegahan dan […]

Kenyataan Akhbar KPK 1 Januari 2018 – Pengesanan Terkini Kes Warga Tempatan Yang Disahkan Dijangkiti Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) Sejurus Pulang Dari Mengerjakan Umrah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai satu (1) kes yang disahkan dijangkiti MERS-CoV melibatkan seorang lelaki Melayu warga Malaysia berusia 55 tahun, berasal dari Selangor. Hasil siasatan mendapati beliau baru pulang ke Malaysia dari mengerjakan umrah dan tiba di Malaysia pada 23 Disember 2017. Pada 24 Disember […]