Communicable disease

Kenyataan Akbar KPK 27 Januari 2018 – Kes Ketujuh Rabies Manusia di Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan satu (1) kes baru yang disahkan rabies manusia pada 26 Januari 2018 melalui ujian makmal. Kes adalah seorang lelaki berumur  59 tahun dari Jalan Batu Kawa-Matang, Kuching, Sarawak yang mempunyai sejarah digigit anjing pada 27 November 2017. Kes telah mendapatkan rawatan di klinik swasta di Bandaraya Kuching, Sarawak pada hari yang sama tetapi tidak dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan untuk vaksinasi. Pada 20 Januari 2018, kes mengalami sakit serta lemah anggota kaki dan dimasukkan ke hospital swasta pada 24 Januari 2018. Keesokannya, kes dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. Kes menunjukkan gejala hydrophobia, hallusinasi dan agresif.

19554799_10154506171336237_2198791464869426564_n

Semenjak 30 Jun 2017 hingga 26 Januari 2018, terdapat tujuh (7) kes rabies di Sarawak di mana lima (5) kes meninggal dunia dan dua (2) kes sedang dirawat di HUS.

Pada 26 Januari 2018, terdapat 28 lokaliti positif rabies di dalam lima (5) bahagian di Sarawak iaitu Serian, Samarahan, Sri Aman, Kuching dan Sarikei. Active Case Detection (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksanakan di kawasan wabak rabies di Sarawak. Aktiviti ini melibatkan siasatan di 20,301 rumah dengan 78,465 orang telah ditemuduga bagi sejarah gigitan anjing. Sebanyak 6,158 kes gigitan haiwan telah dikesan di kawasan wabak di Sarawak dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Pengamal perubatan di klinik dan hospital swasta di Sarawak diminta untuk mematuhi Garispanduan Pengendalian Kes Gigitan Anjing dan Haiwan Lain termasuk merujuk kes ke fasiliti kesihatan Kerajaan.

KKM akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain yang berkaitan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies di Malaysia dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 27 Januari 2018

rbies

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s