Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 27 Januari 2018 – Mesej Tular Palsu Mengenai Kes Influenza di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa khabar angin “anak kawan yang bersekolah di Kuala Pilah sah hidap H1N1” adalah tidak benar. Kes hanya positif influenza A dan bukan H1N1. Pada 10 Januari 2018, sebuah sekolah berasrama di Jempol, Negeri Sembilan telah melaporkan dua (2) orang pelajar mengalami demam, batuk, sakit tekak dan selsema. Ini merupakan kluster pertama Influenza-Like-Ilness (ILI) yang dilaporkan berlaku di sekolah dalam Negeri Sembilan dan semenjak itu tiada laporan wabak ILI dilaporkan.

Justeru, saya menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita-berita yang belum disahkan kesahihannya. Tindakan tidak bertanggung-jawab ini boleh menyebabkan masyarakat panik.

Walau bagaimanapun, suka saya mengingatkan; influenza adalah sejenis penyakit yang mudah merebak melalui titisan pernafasan. Langkah-langkah pencegahan di bawah hendaklah sentiasa diamalkan bagi mengelakkan jangkitan, iaitu:

  1. Sekiranya menghidap gejala seperti ILI, sila dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
  2. Elakkan berjumpa dengan rakan atau saudara mara atau ke tempat-tempat awam sepanjang tempoh bergejala bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.
  3. Sekiranya perlu keluar ke tempat awam, hendaklah memakai penutup hidung dan mulut (mask) dengan betul bagi mengelakkan rebakan virus melalui titisan pernafasan.
  4. Mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti:
    1. Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala, atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Tisu yang telah digunakan perlu dibuang ke dalam tong sampah.
    2. Membasuh tangan dengan air dan sabun terutamanya selepas batuk atau bersin, selepas menyentuh hidung, mulut atau mata. Sekiranya tiada air dan sabun, cecair hand sanitizer boleh digunakan.
    3. Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
    4. Pastikan pengudaraan dan pencahayaan yang baik di dalam rumah, dalam kelas di sekolah dan tempat kerja.
    5. Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar dengan cecair hidung dan mulut perlu dibersihkan.

 

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

27 Januari 2018

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s