Maklumat Terkini Kes Keracunan Kopi Di Pulau Pinang – 31 Januari 2018
Makluman Terkini Kes Keracunan Kopi Di Pulau Pinang
Susulan daripada makluman ringkas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Penang (JKN PP) pada 30 Januari 2018, KKM ingin memaklumkan maklumat terkini mengenai kes beberapa pesakit yang telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas meminum sejenis kopi.