Blog

Maklumat Terkini Kes Keracunan Kopi Di Pulau Pinang – 31 Januari 2018

Sumber: https://www.facebook.com/jknpenang/posts/1817757678297350

Maklumat Terkini Kes Keracunan Kopi Di Pulau Pinang


Susulan daripada makluman ringkas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Penang (JKN PP) pada 30 Januari 2018, KKM ingin memaklumkan maklumat terkini mengenai kes beberapa pesakit yang telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas meminum sejenis kopi.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat lima (5) orang pesakit yang telah datang mendapatkan rawatan di HPP di antara 27 hingga 30 Januari 2018, di mana tiga (3) orang daripada pesakit tersebut telah discaj daripada HPP dan dua (2) orang pesakit lagi masih dirawat dan di bawah pemerhatian di wad. Sukacita dimaklumkan bahawa kesemua mereka telah menerima rawatan biasa dan dalam keadaan stabil. Sehingga kini, tiada kes baru yang dilaporkan dan tiada kematian atau sebarang komplikasi berat dilaporkan.

Siasatan mengenai perkara ini juga memerlukan penglibatan agensi-agensi pihak berwajib yang lain. Pemakluman lanjut akan dibuat dari semasa ke semasa mengenai isu ini. Masyarakat dinasihatkan untuk mengelak daripada membuat spekulasi, termasuk menyebarkan maklumat tidak sahih.

Dr Wan Mansor bin Hamzah
Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang

31 Januari 2018

Categories: Blog, Food Safety

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s