Month: September 2018

Kenyataan Akhbar KPK 7 September 2018 – Makluman Situasi Terkini Mengenai Middle East Respiratory Syndrome (MERS) di Malaysia Selepas Kepulangan Jemaah Haji 1439H / 2018M

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau dengan rapi perkembangan jangkitan Middle East Respiratory Syndrome (MERS) yang kebanyakannya sedang dilaporkan berlaku di rantau Timur Tengah, khususnya Arab Saudi. Untuk makluman, MERS-Coronovirus (MERS-CoV) adalah salah satu ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus yang boleh menyebabkan jangkitan salur pernafasan akut. Semenjak […]

Kenyataan Akhbar KPK 6 September 2018 – Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Isu Keselamatan Import Produk Makanan dari Negara Luar

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bertajuk “Strategi Jamin Bekalan Makanan” yang disiarkan pada 5 September 2018 dalam akhbar Utusan Malaysia yang merujuk kepada laporan akhbar bertarikh 23 Ogos 2018 yang melaporkan kebimbangan longgokan sayur yang kurang bermutu berikutan kelemahan […]

Kenyataan Akhbar KPK 4 September 2018 – Pembatalan Pendaftaran Produk Tradisional Tie Da Zhi Tong Gao yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Diphenhydramine

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional berikut: Hasil pemantauan di pasaran mendapati produk tersebut telah dikesan mengandungi racun berjadual, Diphenhydramine di dalam formulasi produk tradisional. Sehubungan itu, pendaftaran produk ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) […]