Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi bersama-sama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) telah menyertai operasi antarabangsa, OPERASI PANGEA XI bermula 9 hingga 16 Oktober 2018. Tahun ini merupakan penyertaan Malaysia yang ke-6 dalam operasi ini […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang laporan oleh beberapa portal berita atas talian berkenaan penutupan dua buah sekolah di Kajang dan Gombak akibat kluster beguk (mumps) dan kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 25 Oktober 2018. Pihak KKM ingin memaklumkan bahawa, kejadian kluster beguk di […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berkenaan artikel yang dikeluarkan oleh portal berita The Star Online bertajuk ‘Government urged to replenish as Hepatitis C medicines stock in government hospitals run out’ yang bertarikh 24 Oktober 2018 dan ‘Hep C patient left in the lurch’ bertarikh 25 Oktober 2018. […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kejadian keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling Kedah seperti yang dilaporkan dalam kenyataan akhbar sebelum ini. Tiada kes baru dikesan sejak 9 Oktober 2018 dan jumlah keseluruhan kes kekal 83 kes […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kejadian satu (1) kes kematian disyaki akibat jangkitan Difteria di daerah Johor Bahru pada 15 Oktober 2018. Kes yang dilaporkan merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan. Pesakit tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarga enggan menerima imunisasi. Kanak-kanak tersebut mula […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kejadian keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling Kedah seperti yang dilaporkan dalam kenyataan akhbar sebelum ini. Berbanding laporan sebelum ini pada 9 Oktober 2018, terdapat 19 kes baharu [satu (1) di […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kejadian keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling Kedah seperti yang dilaporkan dalam kenyataan akhbar pada 8 Oktober 2018. Untuk makluman, sehingga kini terdapat pertambahan sebanyak 42 kes baharu (14 kes […]
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk iceberg lettuce keluaran Malaysia dari pasaran Singapura di laman sesawang Agri-Food & Veterinary Authority (AVA) bertarikh 4 Oktober 2018. Laporan tersebut menyatakan pihak AVA telah mengarahkan produk lettuce berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia dengan berat 400 […]
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima aduan berkenaan penjualan produk vaksin tidak berdaftar dari negara India di pasaran. Hasil siasatan awal mendapati produk vaksin tersebut dijual secara terus oleh warga tempatan kepada klinik – klinik perubatan swasta di sekitar kawasan Lembah Klang. TINDAKAN PENGUATKUASAAN Hasil […]
Penyakit kanser merupakan penyebab kematian yang kedua tertinggi di dunia yang menyumbang kepada 8.8 juta kematian pada tahun 2015. Di Malaysia, kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian di hospital kerajaan dan juga di hospital swasta. Peningkatan kematian dalam kalangan pesakit kanser di peringkat awal memberi impak kepada […]
You must be logged in to post a comment.