Month: November 2018

Kenyataan Akhbar KPK 26 November 2018 – Isu Sayur Romaine Lettuce dari Negara Amerika Syarikat Yang Dicemari Bakteria Escherichia Coli

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan artikel bertajuk “Romaine Lettuce Is Not Safe To Eat, CDC Warns U.S. consumers” yang disiarkan melalui laman sesawang https://www.washingtonpost.com/ pada 20 November 2018. Artikel tersebut menyatakan bahawa pihak Centers For Disease Control (CDC) and Prevention di Amerika Syarikat melaporkan seramai 32 orang […]

Kenyataan Akhbar KPK 23 November 2018 – Produk Valsartan dan Losartan Yang Ditarik Balik di Amerika Syarikat Serta Situasi di Pasaran Malaysia

Kenyataan akhbar ini dikeluarkan berikutan notis panggil balik oleh United States Food and Drug Administration (USFDA) ke atas produk-produk yang mengandungi bahan aktif valsartan dan losartan kerana kehadiran impurity N-nitrosodiethylamine (NDEA). NDEA berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Tablet valsartan dan losartan digunakan dalam […]

Kenyataan Akhbar KPK 7 November 2018 – Produk Irbesartan Yang Telah Ditarik Balik di Amerika Syarikat Adalah Tidak Melibatkan Pasaran Malaysia

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan notis panggil balik oleh United States Food and Drug Administration (USFDA) ke atas tiga (3) produk dengan bahan aktif Irbesartan iaitu Irbesartan Tablets USP 75mg, Irbesartan Tablets USP 150mg dan Irbesartan Tablets USP 300mg melibatkan 22 kelompok kerana kehadiran impurityN-nitrosodiethylamine (NDEA). NDEA berkemungkinan boleh […]

Kenyataan Akhbar KPK 5 November 2018 – RM300 Ribu Produk Campurpalsu Dengan Racun dan Tidak Berdaftar Dirampas

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah menjalankan serbuan pada 1 November 2018 ke atas 8 buah premis pengedar dan penjual yang terletak di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu kerana disyaki menjual produk tidak berdaftar dan dicampurpalsu dengan racun Sildenafil […]