Press

Kenyataan Akhbar KPK 14 Disember 2018 – Ancaman Bom di Hospital Tampin

Hospital Tampin, Negeri Sembilan telah menerima ancaman bom melalui panggilan telefon daripada seorang pemanggil yang tidak dikenali pada pukul 5.50 pagi. Berdasarkan Pelan Tindakan Bencana peringkat Hospital dan Daerah, beberapa agensi seperti PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin, Rembau dan Seremban, Pejabat Daerah Tampin, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Unit Skuad Pemusnah Bom Seremban telah digerakkan untuk operasi ancaman bom.

Hosp Tampin bom

Sumber foto: Kosmo Online

Semasa kejadian, seramai 90 orang pesakit dan 189 kakitangan hospital berada di Hospital Tampin bersedia untuk dievakuasi. Daripada jumlah tersebut, terdapat 14 orang pesakit berada dalam keadaan kritikal. Pihak PDRM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bom ditemui dalam kawasan hospital setelah operasi selesai dijalankan pada pukul 9.50 pagi.

KKM memandang serius akan kejadiaan ini kerana telah membahayakan nyawa pesakit dan kakitangan hospital. Pihak Kementerian berharap pihak berwajib akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak yang berniat jahat menggangu atau mensabotaj perkhidmatan di mana-mana fasiliti kesihatan sehingga mengancam keselamatan pesakit dan petugas kesihatan.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

14 Disember 2018

Categories: Press

Tagged as: