Non-communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 Februari 2019 – Larangan Merokok di Tempat Makan Diteruskan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada mesej tidak benar yang sedang ditularkan melalui platform media sosial kepada orang awam yang menyatakan bahawa mahkamah telah memerintahkan larangan merokok di tempat makan ditangguhkan. KKM ingin menegaskan bahawa sehingga kini TIADA sebarang arahan daripada mahkamah bagi memberhentikan atau menangguhkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan.

51228049_10218209137361582_6222818325211119616_n

Justeru itu, adalah diingatkan kepada semua pihak agar terus mematuhi Peraturan ini dan KKM akan terus menjalankan aktiviti penguatkuasaan pendidikan sehingga Jun 2019. Ini akan diikuti dengan penguatkuasaan sepenuhnya pada Julai 2019. Pelaksanaan larangan merokok di tempat makan dibuat selaras dengan komitmen Malaysia kepada Artikel 8, WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) dalam melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap produk tembakau dan rokok.

49175147_10155780711981237_1010602652242804736_o

Semua lapisan masyarakat diseru agar menerima pelaksanaan larangan merokok ini sebagai satu langkah yang positif bagi meningkatkan tahap kesihatan seluruh rakyat Malaysia. Pelaksanaan ini juga dapat membudayakan amalan tidak merokok terutama di kalangan kanak-kanak dan remaja, selaras dengan hasrat Kerajaan bagi mencapai sebuah negara yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

2 Februari 2019