Press

Kenyataan Akhbar KPK 25 Februari 2019 – Produk Iclusig (Ponatinib) Tablet yang Dipalsukan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima notifikasi daripada World Health Organization (WHO) mengenai produk berjenama Iclusig dengan bahan aktif Ponatinib yang dipalsukan (falsified), digunakan sebagai rawatan penyakit chronic myeloid leukemia.

Screen Shot 2019-02-25 at 17.24.39

Sumber foto: WHO

Untuk makluman, produk ini tidak didaftarkan di Malaysia dan dibawa masuk dengan keizinan di bawah Peraturan 15(6), Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 atas permintaan dan permohonan daripada pakar perubatan untuk pesakit tertentu. Hasil semakan, didapati hanya seorang pesakit sahaja yang terlibat dan KKM telah mengambil langkah menghubungi hospital dan pesakit berkenaan untuk tindakan kuarantin produk tersebut.

Pihak Perkhidmatan Farmasi KKM akan bekerjasama dengan pihak WHO dan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat perkara ini. Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diajukan melalui talian 03 78413200 atau dengan melayari portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

25 Februari 2019

Categories: Press

Tagged as: