Month: March 2019

Kenyataan Akhbar KPK 29 Mac 2019 -Produk Losartan yang ditarik Balik di Singapura Serta Situasi di Pasaran Malaysia

Kenyataan akhbar ini dikeluarkan berikutan notis panggil balik oleh Health Sciences Authority (HSA), Singapura ke atas tiga (3) produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-N-methyl-4-aminobutyric acid (NMBA). Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. […]

Kenyataan Akhbar KPK 18 Mac 2019 – Produk Tradisional Nan Bao Capsule Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Sildenafil Dan Tadalafil

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional berikut yang telah dikesan mengandungi racun berjadual sildenafil dan tadalafil. Pendaftaran produk ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-332 berikutan pengesanan […]

Kenyataan Akhbar KPK 12.3.2019 Rampasan Produk Kesihatan Campurpalsu Bernilai RM 1.7 Juta

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah berjaya merampas produk kesihatan dicampurpalsu yang disyaki tidak berdaftar serta bahan mentah mengandungi racun bernilai RM1.7 juta.Rampasan tersebut diperolehi hasil daripada satu operasi bersepadu pada 5 Mac 2019 yang melibatkan 78 orang anggota Penguatkuasa Farmasi. Serbuan tersebut dilakukan ke […]