Press

Ucapan Takziah Buat Keluarga Allahyarhamah Puan Siti Kharina binti Mohd Kamarudin, Ketua Jururawat Hospital Serdang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Siti Kharina binti Mohd Kamarudin yang telah disahkan meninggal dunia. Beliau merupakan Ketua Jururawat di Hospital Serdang. Allahyarhamah didapati telah hilang sejak 9 Mei 2019 dan mayat beliau kemudian telah ditemui oleh pihak polis. Kes kematian Allahyarhamah adalah dalam siasatan pihak polis dan bedah siasat telah pun dibuat. KKM yakin pihak polis sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kes ini. Orang ramai diminta untuk mengelak membuat spekulasi agar tidak mengganggu siasatan kes dan menghormati perasaan keluarga beliau. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan pemergian beliau.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

16 Mei 2019

Categories: Press