Tanggal 25 Mei 2019 merupakan hari bersejarah bagi keselamatan pesakit apabila resolusi “Tindakan Global Mengenai Keselamatan Pesakit” dipersetujui untuk diterima pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-72 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization 72nd World Health Assembly) di Geneva, Switzerland. Resolusi ini menggesa negara-negara ahli untuk menjadikan keselamatan pesakit sebagai prioriti utama kesihatan dan mengambil tindakan bersepadu bagi mengelakkan kemudaratan pesakit semasa menerima rawatan. Resolusi tersebut turut menekankan bahawa keselamatan pesakit sebagai elemen kritikal perlindungan kesihatan sejagat (Universal Health Coverage) dan rakyat boleh merasa yakin bahawa sistem penjagaan kesihatan yang disediakan adalah selamat.

Sumber: WHO
Negara-negara ahli juga perlu mengukuhkan aspek keselamatan dalam sistem penjagaan kesihatan berdasarkan sains di mana pengetahuan dan bukti-bukti yang diperolehi melalui kajian perlu digunakan dalam perancangan, pembentukan polisi kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. Di dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bekerjasama erat dengan organisasi-organisasi awam yang lain, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan dalam mempertingkatkan keselamatan pesakit di negara ini melalui pelbagai strategi seperti promosi dan pembelajaran, penghasilan polisi keselamatan pesakit, pembangunan persekitaran serta reka bentuk fasiliti kesihatan yang selamat, kaedah rawatan yang selamat, perwujudan piawaian keselamatan, pemantauan dan penyelidikan. Pihak Kementerian akan meneruskan kerjasama utuh ini bukan sahaja di dalam negara malahan jua di peringkat global.
Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-72 tersebut juga telah mengisytiharkan 17 September sebagai “Hari Keselamatan Pesakit Sedunia”. Malaysia akan terus memberikan komitmen dan berusaha untuk mempertingkatkan Keselamatan Pesakit. Marilah kita “Bekerjasama Demi Keselamatan Pesakit”.
Sekian, terima kasih.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
28 Mei 2019
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Dr. Nor’Aishah Abu Bakar
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Ketua Unit Keselamatan Pesakit
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Email: drnoraishah@moh.gov.my
03-8883 1180 / 019-3370927
PRESS STATEMENT
DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA
72nd WORLD HEALTH ASSEMBLY RESOLUTION
ON “GLOBAL ACTION ON PATIENT SAFETY”
The 25th of May 2019 was a historical moment for Patient Safety as the resolution on “Global Action on Patient Safety” was adopted during the World Health Organization’s 72nd World Health Assembly in Geneva, Switzerland. The resolution urged member countries to recognise patient safety as a key health priority and take concerted efforts to reduce patient harm in the healthcare setting. It also recognises that patient safety is a critical element of Universal Health Coverage so that the public can be assured that healthcare systems are safe.
Member countries must also strengthen the safety aspect of their healthcare systems using science where evidence and knowledge generated from research need to be incorporated into plans, policies and practices. The Ministry of Health Malaysia has consistently worked hand in hand with other public organisations, the private sector and NGOs to improve Patient Safety in this country through various strategies such as promotion and education, establishing patient safety policies, developing safe design/environment, use of safe treatment, setting safety standards, monitoring and research. The ministry will continue to foster collaborative action nationally and globally to further strengthen patient safety.
The 72nd World Health Assembly also declared “Global Patient Safety Day” to be celebrated on the 17th of September of every year. Malaysia will continue our commitment and effort to improve Patient Safety. Let us all “Work Together for Patient Safety”.
Thank you
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
28 May 2019
For more information, please contact:
Dr. Nor’Aishah Abu Bakar
Senior Public Health Physician
Head of Patient Safety Unit
Medical Care Quality Section
Medical Development Division
Ministry of Health Malaysia
Email: drnoraishah@moh.gov.my
03-8883 1180 / 019-3370927
Categories: Press
You must be logged in to post a comment.