Adalah dimaklumkan bahawa pengamal perubatan yang ingin membuat urusan pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) adalah dinasihatkan untuk menggunapakai sistem atas talian yang baharu iaitu Medical Register Information and Technical System (MeRITS) berkuatkuasa serta-merta. Pengamal – pengamal perubatan hendaklah mendaftar dan mengaktifkan akaun masing-masing di meritsmmc.moh.gov.my bagi membolehkan […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) pertambahan kes positif 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di kalangan kontak rapat dilaporkan pada 30 Januari 2020. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV yang dilaporkan pada tahun 2020 sehingga hari ini adalah sebanyak lapan (8) kes; iaitu terdiri […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin melaporkan mengenai pertambahan tiga (3) kes positif baharu 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan pada malam 28 Januari 2020. Justeru, jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV yang dilaporkan pada tahun 2020 sehingga hari ini adalah sebanyak […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sejak 10 Januari 2020 sehingga 26 Januari 2020 jam 12.00 tengah hari, jumlah kumulatif kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) adalah 23 kes; di mana 14 adalah warganegara Malaysia, lapan warganegara China dan satu warganegara Jordan. Daripada jumlah 23 […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai pengesanan satu (1) lagi kes yang disahkan dijangkiti 2019 novel coronavirus (2019-nCoV). Kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga (3) kes positif yang telah dilaporkan pada awal hari ini. Kes terbaru ini merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal […]
Pada 23 Januari 2020, negara Singapura telah memaklumkan satu kes import novel coronavirus (2019-nCoV) melibatkan seorang lelaki, warganegara China dari Wuhan berumur 66 tahun. Berikutan dengan pelaporan tersebut, Kementerian Kesihatan Singapura telah menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memaklumkan terdapat seramai lapan (8) orang kontak rapat dengan kes […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum perkembangan terkini kejadian wabak jangkitan 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) berdasarkan pelaporan daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pelbagai sumber yang diperolehi setakat ini. Sehingga 22 Januari 2020, terdapat sejumlah 448 kes yang disahkan dijangkiti 2019-nCoV, dengan kebanyakan daripadanya dilaporkan oleh negara […]
Mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia (MPM) kali ke-395 yang telah bersidang pada 21 Januari 2020 telah memutuskan bahawa semua pengamal perubatan yang bergraduat dari luar negara yang ingin berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia wajib melalui proses Primary Source Verification bagi tujuan pengesahan ijazah dan transkrip mereka berkuatkuasa 1 Jun […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 31 Disember 2019 dan 14 Januari 2020 bahawa jangkitan influenza tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan / notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Namun, KKM sentiasa memantau trend aktiviti influenza […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai wabak novel coronavirus yang dilaporkan di Wuhan, China. Pada 31 Disember 2019 yang lalu, pihak berkuasa China telah melaporkan mengenai satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui punca jangkitannya, melibatkan masyarakat setempat […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai berita-berita yang tular di kalangan pengguna media sosial di Malaysia mengenai kejadian jangkitan influenza. Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 31 Disember 2019 telah memaklumkan bahawa jangkitan influenza tidak termasuk di bawah senarai penyakit berjangkit yang wajib dilaporkan / notifikasi di […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memperjelaskan tentang pembekalan vaksin influenza dan ubat antiviral Oseltamivir berikutan makluman awal yang telah diberikan sebelum ini. Vaksin influenza diberikan sebagai langkah pencegahan untuk memberi perlindungan kepada individu daripada dijangkiti virus influenza. Vaksin influenza hanya ditawarkan di fasiliti KKM sebagai sebahagian daripada regimen […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 8 Disember 2019 yang telah memaklumkan kejadian satu kes disahkan dijangkiti virus polio di Sabah yang melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga (3) bulan dari Tuaran, Sabah. Pesakit masih dirawat di Bilik […]
Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan secara rasmi pada 5 Januari 2020 tentang satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) melibatkan masyarakat setempat di Wuhan yang terletak di Wilayah Hubei, Republik Rakyat China. Kejadian kluster ini telah mula dikesan dan telah dilaporkan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China […]
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di Tempat Makan bermula 1 Januari 2020 di seluruh negara. Sepanjang aktiviti penguatkuasaan selama lima (5) hari iaitu bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 5 Januari 2020 sebanyak 29,903 buah premis tempat makan telah diperiksa. Secara keseluruhan 2,312 […]