Press

Kenyataan Akhbar Presiden MPM 31 Januari 2020 – Permohonan Pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia Menggunakan Sistem atas Talian Medical Register Information and Technical System (MeRITS)

Adalah dimaklumkan bahawa pengamal perubatan yang ingin membuat urusan pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) adalah dinasihatkan untuk menggunapakai sistem atas talian yang baharu iaitu Medical Register Information and Technical System (MeRITS) berkuatkuasa serta-merta. Pengamal – pengamal perubatan hendaklah mendaftar dan mengaktifkan akaun masing-masing di meritsmmc.moh.gov.my bagi membolehkan mereka untuk mengakses ke dalam sistem tersebut.

Screenshot 2020-01-31 at 7.16.22 PM

Mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia (MPM) kali ke-395 yang bersidang pada 21 Januari 2020 telah memutuskan bahawa semua permohonan pendaftaran yang berkaitan dengan MPM harus dilakukan sepenuhnya melalui sistem MeRITS SAHAJA berkuatkuasa 1 MAC 2020. Permohonan secara manual yang diterima selepas tarikh tersebut tidak lagi akan diterima oleh pihak MPM.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengamal perubatan boleh menghubungi pihak sekretariat MPM melalui emel di admin.mmc@moh.gov.my atau di talian 03-26912171.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

PRESIDEN MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

31 JANUARI 2020

 

Categories: Press