Month: February 2020

Kenyataan Akhbar KPK 28 Februari 2020 – Kenyataan Bersama KKM, WHO & UNICEF: 2.5 Juta Dos Vaksin Polio Untuk Kawalan Wabak Polio di Sabah

Pada 27 Februari 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima 2.5 juta dos vaksin monovalent oral polio vaccine type 2 (mOPV2) daripada World Health Organization (WHO) Vaccines Stockpile yang dikendalikan oleh United Nations Children Emergency Fund (UNICEF) untuk diberikan kepada lebih satu (1) juta kanak-kanak di bawah umur […]

Kenyataan Akhbar KPK 27 Februari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Coronavirus Disease (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, terdapat dua (2) kes yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah pulih sepenuhnya, manakala terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Terkini, […]

Kenyataan Akhbar KPK 26 Februari 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) di Malaysia

Sehingga 25 Februari 2020, seramai 1,548 individu telah diambil sampel bagi pengesanan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19). Mereka terdiri daripada patient-under-investigation (PUI), kontak kepada kes positif COVID-19 dan individu yang tiba dari Misi Bantuan Kemanusiaan. Daripada jumlah ini, sebanyak 22 kes disahkan positif COVID-19 iaitu 12 dari kalangan […]

Joint Statement MOH Malaysia-MOH Singapore 26 February 2020 – The First Meeting of the Malaysia – Singapore Joint Working Group (JWG) for the Coronavirus Disease (COVID-19)

Malaysia and Singapore have agreed on the Terms of Reference (ToR) for the JWG to further enhance cooperation to prevent and control the spread of COVID-19. The JWG will be co-led by the deputy health ministers of both countries. The first JWG meeting held in Johor Bahru yesterday […]

Kenyataan Akhbar KPK 25 Februari 2020 – Isu Pengambilan Ais dari Sumber yang Tidak Disahkan Dikaitkan dengan Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum saranan oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, YB Tuan Phee Boon Poh yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 19 Februari 2020. Di dalam artikel tersebut, beliau dilaporkan menyarankan orang ramai untuk tidak mengambil ais daripada sumber yang […]

Kenyataan Akhbar KPK 23 Februari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Coronavirus Disease (COVID-19) di Malaysia – Kapal Persiaran World Dream

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah menyelaraskan ketibaan dan kemasukan 100 orang warganegara Malaysia, iaitu anak kapal persiaran World Dream, yang telah berlabuh dengan status kuarantin di Tanjung Pengelih, Johor. Semua anak kapal warganegara Malaysia ini telah diturunkan daripada kapal dan dibuat saringan kesihatan […]

Kenyataan Akhbar KPK 23 Februari 2020 – Pelaksanaan Survelan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) Bagi Mengesan Kes dalam Masyarakat Tempatan dan Situasi Terkini Jangkitan di Malaysia

Sehingga 23 Februari 2020, secara kumulatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan sebanyak dua puluh dua (22) kes COVID-19. Daripada jumlah tersebut, dua puluh (20) kes merupakan kes import – iaitu kes yang mempunyai sejarah perjalanan dari atau tinggal di luar negara, khususnya dari negara China. Baki dua […]

Kenyataan Akhbar KPK 22 Februari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Coronavirus Disease (COVID-19) di Malaysia Kes Ke-22

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kes ke-22 yang merupakan seorang wanita warganegara Amerika Syarikat berumur 83 tahun telah menunjukkan perkembangan status kesihatan yang sangat baik. Pesakit ini masih lagi dipantau di hospital kerana mengalami sedikit batuk. Terdahulu seperti Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 15 Februari […]

Kenyataan Akhbar KPK 18 Februari 2020 – Perkembangan Terkini Penguatkuasaan Produk Energy Candy Disyaki Mengandungi Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Ahbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 17 Februari 2020 dan memaklumkan perkembangan terkini penguatkuasaan produk Energy Candy yang mengandungi racun berjadual Tadalafil yang tidak dibenarkan ditambah dalam makanan di bawah Akta Makanan 1983. Operasi telah dijalankan di seluruh negara bagi memastikan […]

Kenyataan Akhbar KPK 17 Februari 2020 – Produk Energy Candy Disyaki Mengandungi Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum produk Energy Candy yang didakwa mengandungi bahan terlarang yang tular di media sosial. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan pemantauan ke atas produk terbabit. Hasil analisis makmal ke atas produk Energy Candy yang dipercayai diimport disahkan mengandungi racun […]