Press

Kenyataan Akhbar KPK 16 Februari 2020 – Keputusan Ujian COVID-19 bagi baki Penumpang Kapal Persiaran Westerdam yang masih berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Melalui Sidang Media yang telah diadakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada petang tadi, beliau telah memaklumkan mengenai baki enam (6) orang penumpang (4 warganegara Amerika Syarikat dan dua warganegara Netherlands) kapal persiaran Westerdam yang kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menaiki penerbangan mereka selanjutnya. Kesemua mereka berada dalam keadaan sihat.

Keputusan ujian pengesanan COVID-19 yang dijalankan pada 16 Februari 2020 ke atas mereka baru sahaja diperolehi daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan mereka disahkan NEGATIF untuk jangkitan tersebut. Sehubungan itu, pihak kedutaan yang berkenaan telah dimaklumkan mengenai keputusan ujian ini dan mereka akan dibenarkan untuk menaiki penerbangan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing yang selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 FEBRUARI 2020

 


 

Press Statement

Director General Of Health Malaysia

Results Of The COVID-19 Tests For The Westerdam Cruise Ship Passengers Still Remaining In Kuala Lumpur International Airport

At the Press Conference earlier this afternoon, the Deputy Prime Minister of Malaysia had announced that the remaining six (6) passengers of the Westerdam cruise ship are currently at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) awaiting to board their respective outbound flights. Four (4) are United States nationals, and two (2) are Dutch nationals. They are all currently in good health condition.

The results for the COVID-19 detection tests conducted on 16 February 2020 just received from the Institute for Medical Research (IMR) show that they are NEGATIVE for COVID-19 infection. The related embassies have been informed accordingly of these results and they will be allowed to continue with their respective outbound flights to their next destination.

 

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

16 FEBRUARY 2020

Categories: Press