Press

Kenyataan Akhbar KPK 22 Februari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Coronavirus Disease (COVID-19) di Malaysia Kes Ke-22

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kes ke-22 yang merupakan seorang wanita warganegara Amerika Syarikat berumur 83 tahun telah menunjukkan perkembangan status kesihatan yang sangat baik. Pesakit ini masih lagi dipantau di hospital kerana mengalami sedikit batuk.

Terdahulu seperti Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 15 Februari 2020, kes ke-22 ini telah dikesan bergejala melalui “thermal scanner” sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh.

  • Pemeriksaan klinikal dan ujian x-ray dada mengesahkan pesakit mempunyai penyakit radang paru-paru (pneumonia)
  • Pesakit telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh.
  • Sampel klinikal oropharyngeal dan nasopharyngeal telah diambil. Ujian pengesahan COVID-19 bagi kedua-dua sampel ini telah dijalankan sebanyak dua kali oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan kedua-dua ujian disahkan positif pada 15 Februari 2020.
  • Kes telah diberikan rawatan antiviral (lopinavir/Ritonavir) dan bantuan oksigen bagi gejala yang dihadapinya.

Setelah lebih 72 jam diberikan rawatan, kes telah menunjukkan perubahan kesihatan yang baik. Oleh yang demikian ujian ulangan pengesahan COVID-19 telah dijalankan sebanyak 2 kali dengan jarak masa 24 jam bagi setiap satu ujian. Kedua-dua ujian ulangan ini menunjukkan keputusan negatif.

Ujian pengesanan ulangan ini telah dijalankan bagi memastikan kes telah sembuh dan negatif COVID-19.

Untuk makluman, merujuk kepada dapatan terkini kajian berkaitan COVID-19, hampir 80% pesakit COVID-19 yang dilaporkan merupakan pesakit yang mengalami gejala yang ringan dan tiada rawatan spesifik atau antiviral diperlukan bagi penyakit ini.

Kebanyakan pesakit hanya memerlukan rawatan simptomatik (seperti demam, batuk dan selsema) dan isolasi kes perlu dijalankan bagi mengelakkan penularan penyakit ini kepada orang lain. Hal ini kerana, kebanyakan kes yang telah disahkan positif, sistem imun badan manusia akan menghasilkan antibodi spesifik bagi melawan virus ini.

Walaubagaimanapun, terdapat juga golongan yang tidak mempunyai sistem imun yang kuat, contohnya warga emas, di mana jangkitan virus COVID-19 ini menyebabkan komplikasi yang teruk dan memerlukan bantuan ubat-ubatan seperti antiviral.

Ujian makmal pengesahan COVID-19 ulangan akan dijalankan ke atas semua kes yang disahkan positif, setelah pesakit menunjukkan perkembangan yang baik bagi gejala klinikal yang dialaminya.

Hal ini adalah untuk memastikan bahawa kes telah sembuh sepenuhnya dan bebas daripada virus COVID-19. Ini adalah penting bagi memastikan kes selamat untuk dibenarkan pulang dan tidak menjangkiti orang lain.

 

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

22 FEBRUARI 2020


PRESS STATEMENT

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

 

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) CASE-22 IN MALAYSIA

 

Current Status

22 February 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that Case 22, the 83-year-old American lady, is showing good improvement and signs of recovery, however, she is still being monitored and managed in hospital for a slight cough.

As stated earlier in the Press Statement by the Director General of Health Malaysia dated 15 February 2020, Case 22 was detected with symptoms through the thermal scanner screening upon arrival at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) and was then referred to Sungai Buloh Hospital.

She was diagnosed with pneumonia based on clinical examination and chest X-ray findings. She was admitted to the isolation ward in Sungai Buloh Hospital. Oropharyngeal and nasopharyngeal clinical samples were taken for investigations. Both samples were tested twice at the Institute for Medical Research (IMR) and found to be positive for COVID-19 infection on 15 February 2020 for both repeated tests.

She was started on antiviral treatment (Lopinavir and Ritonavir) and supplementary oxygen was given for her symptoms. She had shown improvement after 72 hours of treatment initiation. Therefore, the repeated COVID-19 tests were done, two tests, 24 hours apart. Both the repeated tests were found to be negative for COVID-19.

These repeated tests were conducted to ensure that the patient has fully recovered, with negative from COVID-19.

Based on currently available information on COVID-19, about 80% of COVID- 19 patients were reported to have mild symptoms, and there is no specific treatment for this disease. Most patients only require symptomatic treatment (for their fever, cough and runny nose) and isolation of patients is required to prevent infection to other individuals. This is because in most confirmed cases, the body’s immune system will begin to develop antibodies towards the virus.

Unfortunately, for individuals who are immunocompromised or with lower immunity, for example, older adults, the risk of COVID-19 infection causing severe complications is higher, and this may require antivirals treatment.

Repeated laboratory confirmatory tests for COVID-19 will be done to all confirmed COVID-19 case once patients show improvement and signs of recovery from their symptoms.

This is necessary to ensure that the cases have fully recovered and free from the COVID-19 virus. Only then will the patients be allowed home with no risk of infecting other individuals.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

22 FEBRUARY 2020

Categories: Press