Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 29 Februari 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

PC 29.2.2020

STATUS SEMASA KES JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA

  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa TIADA kes baru dilaporkan pada hari ini, 29 Februari 2020.
  • Jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan sehingga hari ini kekal sebanyak 25 kes dengan tiga (3) kes terbaru (kes ke-23, kes ke-24, kes ke-25) yang masih dirawat di wad.
  • Kesemua tiga (3) kes yang masih dirawat di hospital berikut adalah dalam keadaan stabil:
  1. Kes ke-23, wanita warganegara Malaysia dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
  2. Kes ke-24, wanita warganegara Jepun dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL);
  3. Kes ke-25, lelaki warganegara Itali dirawat di Hospital Sungai Buloh.
  • Sehubungan itu, jumlah kes telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini ialah 22 orang.
  • Sehingga 29 Februari 2020, seramai 1,619 individu telah diambil sampel bagi pengesanan jangkitan penyakit coronavirus 2019 (COVID-19). Mereka terdiri dari daripada Patient-Under-Investigation (PUI), kontak rapat kepada kes positif COVID-19, individu yang tiba melalui Misi Bantuan Kemanusiaan dan kapal persiaran.

MISI BANTUAN KEMANUSIAN

  • Seramai 66 warganegara Malaysia dan ahli keluarga bukan warganegara dibawa balik di Wuhan, China pada 25 Februari 2020, kini berada di pusat pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan semua dalam keadaan sihat.
  • Saringan kesihatan melalui ujian pengesanan COVID-19 semasa ketibaan mendapati semua negatif.
  • Mereka akan terus berada di AKEPT bagi tujuan pemantauan kesihatan selama 14 hari bermula pada 26 Februari 2020 sehingga 11 Mac 2020.

SEKATAN PERJALANAN KOREA SELATAN

  • Merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 28 Februari 2020, dimaklumkan bahawa:
  1. Bagi warganegara Republik Korea, sekatan perjalanan hanya dikenakan ke atas mereka yang datang dari Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo sahaja. Namun begitu, warganegara Republik Korea yang telah meninggalkan Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo melebihi 14 hari dari tarikh ketibaan ke Malaysia tiada sekatan perjalanan;
  1. Bagi semua pelawat asing dari Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo juga dikenakan sekatan perjalanan sekiranya pernah berada di tempat tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh ketibaan. Namun begitu, pelawat asing yang telah meninggalkan Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo melebihi 14 hari dari tarikh ketibaan ke Malaysia tiada sekatan perjalanan;
  • Bagi warganegara Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas (pas lawatan sosial jangka panjang dan pas pelajar) yang pernah berada di Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo dalam masa 14 hari, tiada sekatan perjalanan. Walau bagaimanapun, mereka dikehendaki menjalani saringan kesihatan seperti yang ditetapkan oleh pihak KKM;
  • Adalah dimaklumkan bahawa peraturan ini telah dikuatkuasakan mulai 28 Febuari 2020.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

  • Pengamal Perubatan:
  1. Berdasarkan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, semua Pengamal Perubatan di semua peringkat fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta disarankan agar langkah-langkah pencegahan serta kawalan infeksi (infection prevention and control) sentiasa berada di tahap yang optimum pada setiap masa.
  • Orang Awam:
  1. KKM sekali lagi ingin mengingatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran sekiranya perjalanan tersebut tidak mendesak.
  2. Sekiranya tidak dapat menangguhkan perjalanan tersebut, langkah-langkah pencegahan perlulah dilaksanakan termasuklah mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa.
  3. Selalu mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  4. Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta.
  5. Sekiranya bergejala dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari melawati Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran – maklumkan mengenai sejarah perjalanan tersebut kepada Pengamal Perubatan apabila pergi mendapatkan rawatan.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Februari 2020

 

 

PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA

Current Status in Malaysia

29 February 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that are no new
additional case of COVID-19 that was reported today.

Cumulatively there are 25 confirmed COVID-19 cases thus far, with the three
(3) latest cases (Cases 23, 24 and 25) still receiving treatment in hospitals.

These three (3) cases who were admitted are in stable condition:

  1. Case 23, female Malaysian, receiving treatment in University Malaya
    Medical Centre.
  2. Case 24, female Japanese national, receiving treatment in Kuala Lumpur
    Hospital.
  3. Case 25, male Italian national, receiving treatment in Sungai Buloh
    Hospital.

As of today, a total of 22 cases have fully recovered and discharged well.
Up to 29 February 2020, samples from 1,619 individuals have been taken for
COVID-19 testing. They are amongst Patients-Under-Investigation (PUI),
close contacts of positive COVID-19 cases, Humanitarian Assistance and
Disaster Relief (HADR) mission evacuees and cruise ship crew members.

Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Mission

A total of 66 individuals (Malaysians and non-Malaysian family members) were
brought back from Wuhan, China on 25 February 2020. They are currently
placed at the Higher Education Leadership Academy (Akademi Kepimpinan
Pendidikan Tinggi – AKEPT) and are in good health.

The results for health screening through COVID-19 testing upon arrival were
all negative.

They will continue to stay at AKEPT for health monitoring for 14 days starting
from 26 February 2020 until 11 March 2020.

Travel Ban for South Korea

With reference to the Press Statement by the Director General of Health
Malaysia dated 28 February 2020:

  1. For Republic of Korea nationals, the travel ban is only applicable to those
    from Daegu city and Cheongdo county only. However, for Republic of
    Korea nationals who have left Daegu city and Cheongdo country over 14
    days to the date of arrival to Malaysia, there is no travel ban;
  2. The travel ban also applies to all other foreign nationals if they had
    travelled to Daegu city and Cheongdo country within 14 days to the date
    of arrival to Malaysia. However, if they had left Daegu city and Cheongdo
    county over 14 days to the date of arrival to Malaysia, there is no travel
    ban;
  3. For Malaysians, permanent residents and pass holders (long-term social
    visit and student pass holders) who were in Daegu city and Cheongdo
    county within the past 14 days, there is no travel ban. However, they will
    have to undergo health screening as determined by MOH; and

The above measures were enforced starting 28 February 2020.

Health Advisory on COVID-19

  • For Medical Practitioners

Based on the current COVID-19 situation in Malaysia and globally, all medical
practitioners at all types of health facilities in both public and private sectors
are advised to ensure that a high level of infection prevention and control
measures are maintained at all times.

  • For Public
    1. MOH again would like to remind the public to postpone non-essential
      travel to the People’s Republic of China, Republic of Korea, Japan, Italy
      and Iran;
    2. If the journey cannot be postponed, to ensure that all preventive
      measures are taken, including maintaining a high-level of personal
      hygiene at all times;
    3. Constantly practice good personal hygiene – wash hands frequently with
      soap and water or use hand sanitizers;
    4. Constantly practice good cough etiquette – cover mouth and nose with
      tissue when coughing or sneezing, dispose tissue appropriately after use
      and wash hands immediately; and
    5. Seek immediate medical treatment if unwell (with respiratory tract
      symptoms e.g. fever, cough or difficulty breathing) within 14 days upon
      return. The treating doctor must be informed of the travel history.

MOH continues to monitor developments of the COVID-19 infection through
information obtained from the World Health Organization (WHO). The public
will be continuously updated on the latest development. MOH will also ensure
that adequate prevention and control activities are implemented continuously.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Director General of Health Malaysia
29 February 2020