Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 1 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga pukul 12 tengah hari, terdapat empat (4) kes baharu dilaporkan pada hari ini (1 Mac 2020).

KES BAHARU KE-26

Kes ke-26 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 52 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada sekitar pertengahan bulan Januari 2020. Beliau mula mengalami gejala demam dan sakit tekak pada 27 Februari 2020. Beliau telah pergi mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dari sebuah hospital swasta pada hari yang sama. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya. Siasatan punca jangkitan dan pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan.

KES BAHARU KE-27

Kes ke-27 merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 20 tahun dan merupakan seorang jururawat pelatih. Beliau menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah, beliau telah dikenalpasti sebagai salah seorang dari kontak rapat kes berkenaan. Pada 21 dan 22 Februari 2020, beliau telah mengendalikan kes terbabit tanpa memakai sebarang peralatan perlindungan diri (personal protective equipment; PPE) seperti disarankan. Pada 27 Februari 2020, beliau mula mengalami gejala batuk. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

KES BAHARU KE-28

Kes ke-28 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 45 tahun dan merupakan rakan sekerja kepada kes ke-25. Beliau bersama-sama dengan kes ke-25 dan seorang lagi rakan sekerja mempunyai sejarah perjalanan ke Milan, Itali pada 15 hingga 21 Februari 2020. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan, beliau telah dikesan dan didapati mempunyai gejala sejak 26 Februari 2020. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

KES BAHARU KE-29

Kes ke-29 merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Terdahulu, beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari 2020. Beliau telah ditempatkan di bilik berdua dengan kes ke-24; yang pada ketika itu belum diketahui dijangkiti COVID-19. Pada 25 Februari 2020, beliau telah dibenarkan pulang ke rumah. Pada 27 Februari 2020, beliau mula merasa tidak sihat – mengalami gejala demam dan batuk. Namun, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah, beliau telah dikenalpasti sebagai salah seorang dari kontak rapat kepada kes ke-24. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

88099073_10156786230746237_6528925523479887872_n

STATUS SEMASA KES JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA

Dengan pelaporan empat (4) kes terbaru, jumlah kumulatif kes COVID-19 sehingga pukul 12 tengah hari 1 Mac 2020 adalah sebanyak 29 kes; iaitu tujuh belas (17) orang dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), sepuluh (10) orang dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) orang dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan. Dari jumlah tersebut, lima belas (15) orang adalah warganegara China, sebelas (11) orang adalah warganegara Malaysia dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali). Daripada 29 kes positif ini, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj – menjadikan kes yang masih menerima rawatan di wad pada ketika ini seramai tujuh (7) orang.

MESYUARAT PENGURUSAN KES DISYAKI DAN PESAKIT BAGI COVID-19 DI HOSPITAL DAN KLINIK SWASTA

Pada hari ini, mesyuarat pengurusan kes disyaki dan pesakit COVID-19 di hospital dan klinik swasta telah diadakan di peringkat kebangsaan. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman pengamal perubatan swasta kepada situasi COVID-19 terkini di peringkat global dan di Malaysia. Di samping itu ia juga untuk memastikan pihak pengamal swasta telah bersedia dengan kesiapsiagaan dan respon dalam menghadapi situasi COVID-19 yang di luar jangka.

 

Pihak fasiliti kesihatan swasta termasuk hospital, klinik dan makmal swasta, memainkan peranan amat penting bagi memastikan kesiapsiagaan berada di tahap maksima dalam menangani kejadian jangkitan COVID-19 ini. Justeru, sesi ‘engagement’ seperti ini adalah amat penting bagi membolehkan maklumat yang tepat dan jelas disampaikan kepada semua pihak yang terlibat.

Berdasarkan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, semua anggota di setiap peringkat fasiliti kesihatan adalah diingatkan untuk sentiasa melaksanakan langkah-langkah pencegahan serta kawalan infeksi (infection prevention and control) yang optimum pada setiap masa. Begitu juga, mekanisma bagi pengesanan awal dan pengasingan kes perlu turut diperkukuhkan. Kerjasama kukuh di antara pihak kerajaan dan swasta adalah amat penting bagi memastikan Malaysia dapat mengawal dan menangani  kejadian COVID-19 dengan berkesan.

KKM seterusnya ingin mengingatkan orang ramai sekiranya memerlukan penerangan mahupun maklumat lanjut mengenai COVID-19, sila hubungi Infoline CPRC Kebangsaan melalui saluran berikut:

No. telefon          :        03-8881 0200 / 03-8881 0600 / 03-8881 0700

E-mel                    :        cprc@moh.gov.my 

CPRC hotline

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Mac 2020 @ 3:00PM

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

1st March 2020 – The Ministry of Health (MOH) has confirmed four (4) additional cases of COVID-19 that were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC).

About the additional Confirmed Cases

Case 26

Case 26 is a 52 year-old Malaysian male. He has a history of travelling to Shanghai, China in the middle of January 2020. He started developing symptoms of fever and sore throat on 27th February 2020. He sought outpatient treatment at a private hospital on the same day. He was tested for COVID-19 and confirmed positive on 29th February 2020. He is currently admitted into the isolation ward in Sungai Buloh Hospital for further management. Investigations to identify the source of infection and contact tracing activities are currently ongoing.

Case 27

Case 27 is a 20 year-old Malaysian female who is a trainee nurse. She was undergoing a short-term training attachment in the private hospital that was managing Case 24. During contact tracing investigation by the District Health Office, she was identified as one of the close contacts of Case 24. On 21st and 22nd February 2020, she was in contact with Case 24 without wearing the recommended personal protective equipment (PPE). On 27th February 2020, she developed cough. She was tested for COVID-19 and confirmed positive on 29th February 2020. She is currently admitted into the isolation ward in Kuala Lumpur Hospital for further management.

Case 28

Case 28 is a 45 year-old Malaysian male, who is a co-worker to Case 25. Together with Case 25 and another work colleague, they have a history of travelling to Italy for business between 15th to 21st February 2020. During contact tracing investigation by the District Health Office, he was identified and found to have symptoms since 26th February 2020. He was tested for COVID-19 and confirmed positive on 29th February 2020. He was admitted into the isolation ward in Sungai Buloh Hospital for further management.

Case 29

Case 29 is a 35 year-old Malaysian female. She was earlier admitted to a private hospital on 21st February 2020 and was placed in the same twin-sharing room as Case 24, before Case 24 was confirmed with COVID-19 infection. Case 29 was initially discharged on 25th February 2020. She started feeling unwell on 27th February 2020, with fever and cough, however she did not seek treatment. During contact tracing investigation by the District Health Office, she was identified as one of the close contacts of Case 24. She was tested for COVID-19 and confirmed positive on 29th February 2020. She was admitted into the isolation ward in Sungai Buloh Hospital for further management.

Current Status in Malaysia

As of 1st March 2020, 12 pm, with these four (4) additional cases, cumulatively there is a total of 29 confirmed COVID-19 cases in Malaysia, of which 17 were amongst Patients-Under-Investigation (PUI), ten (10) amongst close contacts and two (2) amongst Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) mission evacuees. Of these, fifteen (15) were Chinese nationals, eleven (11) Malaysians and three (3) from other nationalities (US, Japan and Italy). Of these 29 confirmed cases, 22 cases have fully recovered and discharged well, while seven (7) cases are receiving treatment in hospitals.

Meeting on the Management of Suspected and Confirmed COVID-19 Cases in Private Hospitals and Clinics

Today, a Meeting on the Management of Suspected and Confirmed COVID-19 Cases in Private Hospitals and Clinics was held at the national level. The main objective of this meeting was to update the private medical practitioners on the latest COVID-19 situation globally and in Malaysia. It was also to ensure a high level of preparedness and response of the private medical practitioners in the face of uncertainties of the current COVID-19 situation.

Private healthcare facilities including hospitals, clinics and laboratories all play very important roles in ensuring a high level of preparedness in managing the COVID-19 infection. Therefore, this engagement was very important to enable accurate information is clearly communicated to all parties concerned.

Based on the current COVID-19 situation in Malaysia and the latest development globally, all healthcare personnel at all levels and types of healthcare facilities are reminded to implement optimal infection prevention and control measures at all times. The mechanism for early detection and isolation of cases must also be strengthened. Close collaboration with the government and the private sector is very important to ensure that Malaysia can prevent and control the COVID-19 infection effectively.

MOH urges the public to contact the National CPRC Infoline to seek advise or for further information on COVID-19:

Telephone:         03-88810200 / 03-88810600 / 03-88810700

E-mail:                cprc@moh.gov.my

 

Thank you.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Director General of Health Malaysia

1st March 2020 @ 3 pm