Press

Kenyataan Akhbar KPK 2 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

 

SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa tiada kes baharu jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dilaporkan pada hari ini (2 Mac 2020).

Jumlah kumulatif kes COVID-19 sehingga hari ini kekal 29 kes; iaitu 17 orang dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), 10 orang dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) orang dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan. Daripada jumlah tersebut, 15 orang adalah warganegara China, 11 orang warganegara Malaysia dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun dan Itali).

Daripada 29 kes positif ini, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj. Manakala tujuh (7) kes masih menerima rawatan di wad isolasi di beberapa hospital di Lembah Klang. Kesemua kes ini dalam keadaan stabil.

Seramai 221 orang telah dikenalpasti mempunyai kontak rapat dengan tujuh (7) kes yang masih dirawat di hospital. Daripada jumlah kontak ini, dua (2) telah disahkan positif (iaitu kes ke-27 dan kes ke-29) dan 74 negatif COVID-19. Manakala 82 kes masih menunggu keputusan makmal dan 63 lagi masih dalam proses pengambilan sampel.

Merujuk kepada gelombang pertama, kebanyakan kes-kes penyakit COVID-19 di Malaysia adalah merupakan kes-kes import atau berkait rapat dengan negara Republik Rakyat China dan hanya dua (2) kes COVID-19 merupakan transmisi tempatan. Dalam tempoh tersebut, 22 kes  COVID-19 telah pulih dan discaj.

Setelah 11 hari tiada kes COVID-19 yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), KKM, didapati bermula pada 27 Februari 2020 sehingga kini, gelombang kedua bermula di mana tujuh (7) kes COVID-19 telah dikesan. Kebanyakan kes merupakan kes-kes import atau berkait rapat dengan negara-negara luar dari Republik Rakyat China iaitu Jepun dan Itali.

KKM ingin merujuk kepada maklumat yang ditularkan di media sosial mengenai dua orang kenamaan yang dikatakan disyaki dijangkiti COVID-19 dan dikaitkan dengan kes ke-26 COVID-19. Perkara ini sedang disiasat dan diambil tindakan oleh pihak KKM.

Untuk makluman, kes ke-26 yang dilaporkan pada 1 Mac 2020 sedang dirawat dan dipantau di wad isolasi Hospital Sungai Buloh dan dalam keadaan stabil. Lima (5) kontak rapat keluarga, seorang pembantu khas kepada kes ke-26 dan seorang kakitangan kesihatan swasta juga telah disahkan negatif COVID-19. Siasatan dan pengesanan kontak rapat masih terus dijalankan.

 

NASIHAT KESIHATAN

Orang ramai diingatkan agar tidak menularkan berita-berita mengenai kes jangkitan COVID-19 yang tidak disahkan oleh KKM bagi mengelakkan situasi panik dan salah faham dalam masyarakat. Pihak KKM juga ingin menegaskan bahawa siasatan ke atas kes positif COVID-19 serta pengesanan kontak dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Garispanduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.04/2020; iaitu:

  • Kontak rapat adalah mereka yang berhubung rapat dengan kes yang disahkan positif COVID-19. Ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kontak rapat dalam lingkungan satu (1) meter dengan kes positif COVID-19 seperti anggota kesihatan yang merawat kes tanpa memakai Personal Protective Equipment (PPE) yang disarankan atau mereka yang tinggal dalam satu rumah yang sama.
  • Hanya mereka dalam kategori kontak rapat kes positif sahaja yang akan disaring dan diambil sampel bagi ujian pengesanan jangkitan COVID-19. Manakala individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang sekadar disyaki dijangkiti COVID-19 dan belum disahkan melalui ujian makmal BUKAN DIKATEGORIKAN sebagai KONTAK dan tidak diambil sampel.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun atau dengan menggunakan hand sanitiser.

CPRC hotline

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan     COVID-19 ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai COVID-19 melalui laman sesawang KKM. Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi Infoline CPRC Kebangsaan melalui:

  • No. telefon :         03-8881 0200 / 03-8881 060 / 03-8881  0700 yang beroperasi dari

                                         8:00  pagi hingga 5:00 petang; dan

  • E-mel           :         cprc@moh.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

2 Mac 2020 @ 2:00 petang

 

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status in Malaysia

2nd March 2020, 2 pm – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that no additional cases of COVID-19 were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) today.

Cumulatively there is a total of 29 confirmed COVID-19 cases in Malaysia, of which 17 were amongst Patients-Under-Investigation (PUI), ten (10) amongst close contacts and two (2) amongst Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) mission evacuees. Of these, 15 were Chinese nationals, eleven (11) Malaysians and three (3) from other nationalities (US, Japan and Italy).

Of these 29 confirmed cases, 22 cases have fully recovered and discharged well, while seven (7) cases are receiving treatment in several hospitals in the Klang Valley. They are all in stable conditions.

A total of 221 individuals have been identified as close contacts to the seven (7) confirmed cases currently receiving treatment in hospitals. Of these, two (2) were found positive for COVID-19 (Cases 27 and 29), and 74 had negative results. Furthermore, there are 82 individuals with results pending and 63 individuals currently in the process of sample collection.

For the first wave of COVID-19 infection in Malaysia, the majority of cases were imported cases or closely related to travel to the People’s Republic of China, with only two (2) cases of local transmission. During that time period, a total of 22 cases have fully recovered and discharged well.

After the period of 11 days of no cases reported to the National CPRC, starting from 27 February 2020 till today, the second wave of COVID-19 infection has started with seven (7) confirmed cases. The majority of cases were imported cases or closely related to travel to countries other than the People’s Republic of China i.e. Japan and Italy.

MOH refers to the information going viral on social media regarding two (2) high profile individuals allegedly suspected with COVID-19 infection relating to Case 26. MOH is currently investigating and appropriate measures will be undertaken.

Case 26 who was reported on 1st March 2020 is currently receiving treatment in the isolation ward of Sungai Buloh Hospital and in a stable condition. Five (5) close family members, one (1) personal assistant to Case 26 and one (1) private healthcare personnel had tested negative for COVID-19. Investigation and contact tracing activities are still ongoing.

Health Advisory

The public is reminded not to share and disseminate news on COVID-19 that have not been verified by MOH to avoid unnecessary panic and confusion in the community. MOH emphasises that investigation of confirmed COVID-19 cases and contact tracing activities are undertaken based on the procedures in the Guideline on the Management of COVID-19 in Malaysia No.04/2020 (Garispanduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.04/2020):

  1. Close contacts are individuals with a history of being physically close to a confirmed COVID-19 case. This includes being within a one-metre radius of a confirmed COVID-19 case e.g. healthcare personnel treating cases without the recommended personal protective equipment (PPE), or those living in the same household.
  2. Only individuals categorised as close contacts to confirmed COVID-19 cases will be screened and samples taken for COVID-19 testing. Individuals with a history of contact with suspected COVID-19 cases who are not confirmed through laboratory tests are not categorised as close contacts and samples will not be taken from them.

The public is advised to always practice good personal hygiene by washing hands frequently with soap and water or using hand sanitisers.

MOH continues to monitor developments of the COVID-19 infection through information obtained from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest development. The public is advised to get the latest updates on COVID-19 infection through the MOH website. For further advice and information, please contact the National CPRC Infoline:

  1. Telephone: 03-88810200 / 03-88810600 / 03-88810700 (daily, 8 am to 5 pm)
  2. E-mail: cprc@moh.gov.my

Thank you.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Director General of Health Malaysia

2 March 2020 @ 2 pm

Categories: Press