Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kenyataan akhbar YAB Perdana Menteri pada hari ini mengenai pertambahan tujuh (7) kes baharu. Didapati kesemua tujuh kes baharu ini merupakan kontak rapat bagi Kes ke-26. Maklumat kes berkaitan adalah seperti yang berikut:
KES BAHARU KE-30
Kes ke-30 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 38 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 12 Februari 2020 dan telah pulang pada 16 Februari 2020. Kes tidak mempunyai sebarang gejala sebelum ini. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan kes telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.
KES BAHARU KE-31
Kes ke-31 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 50 tahun. Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Kes telah dilaporkan mempunyai gejala pada 26 Februari 2020. Seterusnya kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.
KES BAHARU KE-32
Kes ke-32 merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 43 tahun. Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Kes telah dilaporkan mempunyai gejala pada 27 Februari 2020. Seterusnya kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.
KES BAHARU KE-33
Kes ke-33 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 58 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching, Sarawak bagi menghadiri mesyuarat pada 16 Februari 2020. Seterusnya kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.
KES BAHARU KE-34
Kes ke-34 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 40 tahun. Kes merupakan seorang paramedik di sebuah hospital dan telah memberi rawatan kepada kes ke-26. Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.
KES BAHARU KE-35
Kes ke-35 merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia yang berusia 50 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 31 Januari 2020, dan telah pulang ke Malaysia pada 16 Februari 2020. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.
KES BAHARU KE-36
Kes ke-36 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 49 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir pada 23 Januari 2020 dan telah pulang ke Malaysia pada 1 Februari 2020. Kes tidak mempunyai sebarang gejala dan telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa. Aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes ke-26 dan kes-kes baru yang dilaporkan ini masih dijalankan dan orang ramai akan dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai COVID-19 melalui laman sesawang KKM.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
3 Mac 2020 @ 6:00PM
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) SITUATION IN MALAYSIA
Current Status in Malaysia
3 March 2020 – The Ministry of Health (MOH) refers to the Press Statement by the Prime Minister of Malaysia today regarding the seven (7) additional confirmed COVID-19 cases. All these cases are close contacts of Case 26.
About the Additional Cases
Case 30
Case 30 is a 38 year-old Malaysian man. He has a history of travelling to Australia on 12 February 2020 and returned back to Malaysia on 16 February 2020. He has no symptoms. He was identified during contact tracing activities and tested positive for COVID-19 on 2 March 2020. He was admitted into Sungai Buloh Hospital and currently in a stable condition.
Case 31
Case 31 is a 50 year-old Malaysian man with no history of travelling overseas. He was reported to have symptoms on 26 February 2020, was identified during contact tracing activities and tested positive for COVID-19 on 2 March 2020. He was admitted into Sungai Buloh Hospital and currently in a stable condition.
Case 32
Case 32 is a 43 year-old Malaysian woman with no history of travelling overseas. She was reported to have symptoms on 27 February 2020, was identified during contact tracing activities and tested positive for COVID-19 on 2 March 2020. She was admitted into Kuala Lumpur Hospital and currently in a stable condition.
Case 33
Case 33 is a 58 year-old Malaysian man. He has a history of travelling to Kuching, Sarawak for a meeting on 16 February 2020. He was identified during contact tracing activities and tested positive for COVID-19 on 2 March 2020. He was admitted into Sungai Buloh Hospital and currently in a stable condition.
Case 34
Case 34 is a 40 year-old Malaysian man. He is a paramedic personnel at a hospital and provided treatment to Case 26. He does not have any history of travelling overseas. He was identified during contact tracing activities and tested positive for COVID-19 on 3 March 2020. He was admitted into Sungai Buloh Hospital and currently in a stable condition.
Case 35
Case 35 is a 50 year-old Malaysian woman. She has a history of travelling to Australia on 31 January 2020 and returned back to Malaysia on 16 February 2020. She was identified during contact tracing activities and tested positive for COVID-19 on 3 March 2020. She was admitted into Sungai Buloh Hospital and currently in a stable condition.
Case 36
Case 36 is a 49 year-old Malaysian man. He has a history of travelling to Egypt on 23 January 2020 and returned back to Malaysia on 1 February 2020. He does not have any symptoms, was identified during contact tracing activities and tested positive for COVID-19 on 3 March 2020. He was admitted into Sungai Buloh Hospital and currently in a stable condition.
MOH continues to closely monitor developments of the COVID-19 infection. Investigation and contact tracing activities for close contacts of Case 26 and of the additional confirmed cases reported today are still ongoing. The public will be continuously updated on the latest development. The public is advised to get the latest updates on COVID-19 infection through the MOH website.
Thank you.
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Director General of Health Malaysia
3 March 2020 @ 6:00PM
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.