Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 4 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

WhatsApp Image 2020-03-04 at 9.29.27 AM

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa sehingga 12 tengah hari 4 Mac 2020, terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan.

Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVDI-19) di Malaysia yang merangkumi 22 kes positif COVID-19 (iaitu kes pertama sehingga kes ke-22) telah sihat dan discaj.

Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes.

wave

KLUSTER COVID-19

Bagi gelombang kedua ini, terdapat satu (1) kluster COVID-19 yang telah dikenal pasti. Kluster ini melibatkan kes positif ke-26. Berdasarkan siasatan dan pengesanan kontak yang telah dijalankan sehingga kini, terdapat 215 kontak rapat yang dikesan. Daripada jumlah kontak rapat tersebut, 16 kes dikesan positif COVID-19, 19 adalah negatif dan 180 menunggu keputusan.

Didapati lima (5) kes merupakan kontak rapat kepada beberapa kes positif dikalangan 16 kes tersebut (kontak rapat kes ke-26).

Ini menjadikan jumlah kes positif bagi kluster ini adalah sebanyak 21 kes (iaitu kes ke-30 sehingga kes ke-50).

Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi, kes positif ke-26 telah menghadiri beberapa aktiviti. Daripada 16 kes positif yang dikesan, didapati:

  • satu (1) kes merupakan pegawai kepada kes ke-26;
  • 15 kes telah menghadiri aktiviti bersama kes ke-26, di mana beberapa daripada mereka telah menghadiri lebih daripada satu (1) aktiviti bersama kes ke-26;

WhatsApp Image 2020-03-04 at 9.01.52 AM

Aktiviti-aktiviti yang dihadiri bersama adalah seperti berikut:

  • Bagi aktiviti pertama, seramai lapan (8) kontak rapat telah menghadiri aktiviti tersebut. Enam (6) daripada jumlah tersebut dikesan positif. Manakala dua (2) adalah negatif.
  • Bagi aktiviti kedua, seramai 10 kontak rapat telah menghadiri aktiviti tersebut. Empat (4) daripada jumlah tersebut dikesan positif, dua (2) negatif dan empat (4) menunggu keputusan.
  • Bagi aktiviti ketiga, seramai 15 kontak rapat telah menghadiri aktiviti tersebut. Sepuluh (10) daripada jumlah tersebut dikesan positif, empat (4) negatif dan satu (1) menunggu keputusan.
  • Bagi aktiviti keempat, seramai 21 kontak rapat telah menghadiri aktiviti tersebut. Seorang (1) daripada jumlah tersebut dikesan positif, 11 negatif dan sembilan (9) menunggu keputusan.
  • Bagi aktiviti kelima melibatkan tujuh (7) kontak rapat dan seorang (1) dikesan positif. Manakala, enam (6) adalah negatif.

KKM ingin memaklumkan bahawa siasatan mengenai kluster ini masih diteruskan. Sehubungan itu, KKM berharap semua pihak dapat bertenang dan sentiasa bekerjasama dengan memberi maklumat yang tepat apabila dihubungi atau dikenal pasti sebagai kontak rapat. KKM juga ingin menasihatkan kepada organisasi yang telah dikesan kes positif agar tidak perlu membuat penutupan pejabat, namun memadai menjalankan disinfeksi. Pada masa yang sama, semua pihak diminta tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam.

KOLOBORASI DENGAN VIRTUAL HEALTH ADVISORY (DOCTORONCALL) DAN BOOKDOC

KKM ingin memaklumkan sekiranya terdapat pertanyaan atau keraguan mengenai kejadian COVID-19, orang awam boleh melayari http://www.moh.gov.my (Tanya Doktor) untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan keluarga untuk tindakan seterusnya.

Sekiranya terdapat sejarah perjalanan, orang awam dipohon untuk tidak terus pergi ke fasiliti kerajaan. Namun, disarankan agar mendapatkan nasihat kesihatan terlebih dahulu melalui virtual health advisory atau Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) hotline. Orang awam boleh akses kepada perkhidmatan ini seperti berikut:

  • virtual health advisory adalah dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari (Isnin hingga Ahad) dan diberikan secara percuma.
  • CPRC hotline.

Selepas jam 5.00 petang, perkhidmatan nasihat kesihatan boleh diakses dari sumber berikut yang dikendalikan oleh syarikat swasta:

  • DoctorOnCall beroperasi daripada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari (Isnin hingga Ahad) (https//www.doctoroncall.com.my/coronavirus)
  • BookDoc beroperasi 24 jam setiap hari (www.bookdoc.com)

Sila rujuk laman sesawang DoctorOnCall dan BookDoc untuk kadar bayaran yang dikenakan.

KKM dengan kolaborasi pihak swasta akan menjalankan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah orang awam yang ingin menjalankan ujian pengesanan COVID-19 di mana caj akan dikenakan oleh pihak swasta tersebut. Pengumuman rasmi mengenai perkara ini akan menyusul dalam masa terdekat.

KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada semua warga kerja KKM di semua peringkat seluruh Malaysia yang bertungkus lumus dalam menangani jangkitan COVID-19 di Malaysia. KKM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian dan agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menangani kejadian ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Mac 2020 @ 4 petang

 

 

Press Statement

Ministry Of Health Malaysia

Updates On The Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)

Situation In Malaysia

Current Status in Malaysia

4 March 2020, 12 pm – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 14 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC).

As stated earlier, the first wave of COVID-19 infection in Malaysia involved 22 confirmed COVID-19 cases (Cases 1 to 22), who have all fully recovered and discharged well.

After the period of 11 days of no cases reported to the National CPRC, the second wave started on 27 February 2020. For this second wave up to 4 March 2020, a total of 28 confirmed COVID-19 cases (Cases 23 to 50) have been reported.

Cumulatively, there are now 50 confirmed COVID-19 cases in Malaysia.

wave

COVID-19 Cluster

For this second wave, one (1) COVID-19 cluster has been identified, involving Case 26. Based on the latest investigations and contact tracing activities, a total of 215 close contacts have been identified. Of these, 16 individuals were confirmed COVID-19 cases, 19 with negative test results and 180 still awaiting test results.

Five additional confirmed cases were close contacts of these 16 confirmed close contacts of Case 26 described in the preceding paragraph.

Therefore, this cluster so far consists of 21 confirmed cases (Cases 30 to 50).

Based on the latest available information, Case 26 had attended several events. Of the earlier-mentioned first 16 close contacts:

  • One (1) case was an officer to Case 26
  • 15 cases attended the same event as Case 26, and some of these cases attended more than one event.

WhatsApp Image 2020-03-04 at 9.01.52 AM

The chronology of the events that they had attended are as below:

  • For the first event, a total of eight (8) close contacts attended this event. Six (6) were found to be positive, and two (2) were negative.
  • For the second event, a total of ten (10) close contacts attended this event. Of these, four (4) were found to be positive, two (2) were negative, and four (4) are still awaiting test results.
  • For the third event, a total of 15 close contacts attended the event. Of these, ten (10) were found to be positive, four (4) were negative, and one (1) are still awaiting test results.
  • For the fourth event, a total of 21 close contacts attended the event. Of these, one (1) was found to be positive, eleven (11) were negative, and nine (9) are still awaiting test results.
  • For the fifth event, a total of seven (7) close contacts attended the event. Of these, one (1) was found to be positive and six (6) were negative.

Investigation for this cluster is still ongoing. Therefore, MOH urges the public to remain calm and continue to cooperate with the investigation if contacted or identified as close contacts. Organisations that have employees with confirmed cases are not required to close their premises – they are only required to conduct disinfection of the workplace. At the same time, the public are requested not to share or disseminate unverified information that may create unnecessary anxiety and panic.

Collaboration with Virtual Health Advisory (DoctorOnCall) and BookDoc

MOH would like to inform that for queries on COVID-19, the public can refer to the MOH website www.moh.gov.my (Tanya Doktor) for advice from Family Medicine Specialists.

For individuals with a history of travelling overseas, please do not go directly to a government healthcare facility. They are advised to firstly seek medical advice through the Virtual Health Advisory or the National CPRC hotline. The public can access these services as follows:

  • Virtual Health Advisory: 8.30 am to 5.00 pm daily (Monday to Sunday); provided for free.
  • CPRC hotline: 8.00 am to 5.00 pm daily

After 5.00 pm, health advisory services can be accessed from the following private sector providers:

Please visit the DoctorOnCall and BookDoc websites for information on the charges for services.

MOH is collaborating with the private sector to implement COVID-19 sample collection services at homes of individuals who wish to be tested. There will be charges for this service and the details of implementation will be officially informed in the near future.

MOH wishes to express gratitude to all MOH personnel at all levels throughout Malaysia who have been working hard in managing the COVID-19 infection in the country. MOH also wishes to thank all ministries and agencies who are involved both directly and indirectly in managing COVID-19 in Malaysia.

Thank you.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Director General of Health Malaysia

4 March 2020 @ 4 pm