Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kes ke-24 yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Kuala Lumpur. Kes ini telah berjaya dirawat, semua kontak rapat bagi kes ini telah berjaya dikesan dan penularan COVID-19 bagi kluster in telah berjaya dibendung.

Ini menjadikan 23 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.

discaj 6.3.20

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 6 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 28 kes baharu (kes ke-56 hingga kes ke-83) jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan untuk rawatan selanjutnya. Kontak-kontak rapat kes-kes ini juga sedang dikenalpasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 83 kes. Kes-kes positif ini adalah dalam kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat, dan Misi Bantuan Kemanusiaan. Daripada jumlah ini, 65 orang adalah warganegara Malaysia, 15 orang adalah warganegara China dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali).

Sehingga kini, sebanyak 956 kontak rapat telah dikenalpasti. Daripada jumlah ini, sebanyak 258 kontak rapat kepada kluster yang berkaitan dengan kes ke-26 telah dikesan dan telah diambil sampel. Daripada kluster ini, 18 orang telah disahkan positif COVID-19, 70 orang adalah negatif namun begitu mereka diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari. Manakala seramai 170 orang lagi telah berjaya dikesan dan masih menunggu keputusan makmal. Mereka ini juga telah diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah. KKM masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan bagi mengenalpasti punca di mana kes mendapat jangkitan dan seterusnya mencegah penularan jangkitan tersebut.

KKM telah menjalankan survelan COVID-19 bagi mengesan kes sporadik dan kes tempatan di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif COVID-19. Sehingga 6 Mac 2020, sebanyak 430 sampel telah diuji dan setakat ini tiada sampel dikesan positif jangkitan COVID-19. Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini tiada kes sporadik COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan ini.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa menerusi “Code of Professional Conduct” di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012) dan Peraturan Perubatan, pengamal perubatan perlu memastikan kerahsiaan maklumat peribadi pesakit adalah dijaga, kecuali jika pesakit sendiri mendedahkan maklumat beliau secara sukarela. Justeru KKM akan melindungi maklumat peribadi pesakit. Selain itu KKM juga akan terus menyampaikan maklumat penting terutama yang relevan bagi kepentingan kesihatan awam

NASIHAT KESIHATAN

  1. KKM ingin memaklumkan bahawa siasatan masih giat dijalankan oleh warga kerja KKM di semua peringkat di seluruh Malaysia dalam menangani kejadian COVID-19 di Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau ingin mendapat nasihat kesihatan, orang ramai boleh menghubungi virtual health advisory atau Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) hotline.
    CPRC hotline
  1. Berdasarkan penilaian KKM sehingga hari ini, situasi jangkitan COVID-19 kini masih lagi dalam kawalan dan berada pada tahap pembendungan awal (Early Containment). Sehubungan itu, orang awam diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada KKM bagi proses siasatan, pengesanan kontak rapat dan rawatan kepada pesakit. Untuk makluman, kontak rapat kepada kes yang disahkan positif   COVID-19 akan dikenalpasti oleh pihak KKM melalui Pasukan Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah. Kontak rapat yang dikenalpasti ini akan dihubungi untuk siasatan dan pemeriksaan selajutnya.
  1. Pihak penganjur bagi program dan aktiviti rasmi di tempat awam adalah digalakkan untuk menjalankan penilaian bagi penganjuran yang melibatkan ramai peserta / kehadiran. Berdasarkan penilaian tersebut, pihak penganjur boleh menentukan sama ada program tersebut sesuai untuk diteruskan. Sekiranya program berkenaan dan aktiviti rasmi ini perlu diteruskan, pihak penganjur program dinasihatkan untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dalam kalangan peserta program bagi memastikan tiada penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) semasa program tersebut diadakan seperti di Lampiran 1.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa. Aktiviti pengesanan kontak rapat masih dijalankan dan orang ramai akan dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai COVID-19 melalui laman sesawang KKM.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Mac 2020 @ 5 petang

 

Lampiran 1

penganjuran1

 

____________________________________________________________________________________________

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

6 March 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that Case 24 has fully recovered and discharged well from Kuala Lumpur Hospital. Case 24 was successfully treated, all close contacts identified and any further infection relating to Case 24 successfully prevented.

Cumulatively, 23 confirmed cases have fully recovered and discharged well.

discaj 6.3.20

Current Status in Malaysia

As of 6 March 2020, 12 pm, a total of 28 additional confirmed COVID-19 cases (Cases 56 to 83) were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH. They are all currently receiving treatment. Investigation and identification of close contacts for testing are currently ongoing.

Cumulatively there are now 83 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. They are amongst Patients Under Investigation (PUI), close contacts and evacuees of the Humanitarian Assistance missions. Of these, 65 are Malaysians, 15 Chinese nationals and three (3) of other nationalities (US, Japan and Italy).

Currently a total of 956 close contacts have been identified. Of these, 258 were close contacts to the cluster involving Case 26 have been identified and samples taken. From this cluster, there are now 18 confirmed COVID-19 cases; 70 individuals tested negative however they are all placed under the 14-day home surveillance (under the Observation and Surveillance Order); and 170 individuals have been successfully traced and awaiting test results. They are all also placed under the 14-day home surveillance. Investigation and contact tracing activities are still ongoing to identify the source of infection and to prevent further spread of the infection.

MOH is conducting COVID-19 surveillance to detect sporadic and local cases in Malaysia through patients with influenza-like-illness (ILI) and severe acute respiratory syndrome (SARI) with no history of travelling to affected countries or contacts with confirmed COVID-19 cases. As of 6 March 2020, a total of 430 samples have been tested and none were found to be positive for COVID-19. Therefore, currently there is no sporadic COVID-19 cases that have been detected by this surveillance activity.

MOH also wishes to highlight that under the Code of Professional Conduct under the Medical Act 1971 (Amendments 2012) and the Medical Regulations, all medical practitioners must strictly ensure confidentiality of patients’ personal and medical information, unless voluntarily revealed by the patients themselves. Therefore, MOH will continue to maintain confidentiality of patients’ personal and medical information. However, MOH will continue to communicate critical information especially of public health importance.

Health Advisory

  1. MOH wishes to inform that investigations are still actively ongoing by MOH personnel at all levels throughout the country in managing the COVID-19 infection in Malaysia. To address any concerns or to seek health advice, the public can use the virtual health advisory services or contact the National CPRC hotline.
  2. Based on MOH’s current assessment, the COVID-19 situation in Malaysia is still under control and in the early containment phase. Therefore, the public is requested to provide full cooperation to MOH for investigation, contact tracing activities and treatment of patients. Close contacts of confirmed COVID-19 cases will be identified by MOH through the District Health Offices’ teams. These identified individuals will be contacted for further investigation and testing.
  3. Organisers of public programs and activities are encouraged to conduct an assessment on the need to proceed as planned. Based on the assessment, the organiser can then determine the suitability of continuing as planned. If the program or activity proceeds as planned, the organisers are advised to implement appropriate preventive and precautionary measures to reduce the risk of COVID-19 infection amongst the participants (see Appendix 1).

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation. Investigation and contact tracing activities are still on-going, and the public will be updated on the latest development. Therefore, the public is advised to obtain the latest information on COVID-19 at MOH’s website.

Thank you.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Director General of Health Malaysia

6 March 2020 @ 5 pm

 

Appendix 1

advice