STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 7 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 10 kes baharu (kes ke-84 hingga kes ke-93) jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan untuk rawatan selanjutnya. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenalpasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.
Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kontak rapat kepada kes ke-33 di mana, empat (4) kes iaitu kes ke-85, 86, 87 dan 93 merupakan generasi pertama kontak rapat kepada kes ke-33, manakala enam (6) kes baharu ini pula merupakan generasi kedua iaitu kontak rapat kepada kes ke-33 iaitu kes ke-84, 88, 89, 90, 91, dan 92. Kesemua kes ini telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan telah dimasukkan ke hospital bagi isolasi dan rawatan selanjutnya.
KKM ingin memaklumkan hasil siasatan terkini terhadap kontak-kontak rapat kepada kes ke-26, mendapati satu kluster jangkitan COVID-19 berkait dengan kes ke-33. Sejumlah 132 kontak rapat telah dikenalpasti berkait dengan kes ini. Daripada jumlah tersebut, 18 kes telah disahkan positif, kini masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil. Manakala, 38 kontak rapat adalah negatif dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari. Keputusan makmal bagi 76 lagi kontak rapat masih belum diperolehi namun semua kontak rapat ini dilaporkan sihat dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah. KKM masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan bagi mengenalpasti punca di mana kes mendapat jangkitan dan seterusnya mencegah penularan jangkitan tersebut.
KKM juga ingin memaklumkan bahawa kes ke-78 yang dilaporkan pada 6 Mac 2020, merupakan kes yang dikesan daripada Patient Under Investigation (PUI). Kes ini mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia selama tujuh (7) hari bermula pada 13 Februari 2020 dan mula bergejala pada 19 Februari 2020. Sebanyak 67 orang kontak rapat telah dikesan dan diambil sampel. Kesemua kontak rapat ini telah diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.
Dengan pertambahan 10 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 93 kes. Kes-kes positif ini adalah dalam kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat, dan Misi Bantuan Kemanusiaan. Daripada jumlah ini, 75 orang adalah warganegara Malaysia, 15 orang adalah warganegara China dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali).
KKM telah menjalankan survelan COVID-19 bagi mengesan kes sporadik dan kes tempatan di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif COVID-19. Sehingga 7 Mac 2020, sebanyak 432 sampel telah diuji dan setakat ini tiada sampel dikesan positif jangkitan COVID-19. Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini tiada kes sporadik COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan ini.
NASIHAT KESIHATAN
- KKM ingin menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).
- Orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitizer. Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.
- Orang awam juga diingatkan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19 ini. Maklumat terkini berkenaan perkembangan semasa kejadian COVID-19 boleh didapati daripada laman sesawang KKM.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 Mac 2020 @ 4 petang
____________________________________________________________________________________________
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
Current Status in Malaysia
7 March 2020, 12 pm – A total of ten (10) additional confirmed COVID-19 cases (Cases 84 to 93) were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH. They are all currently receiving treatment. Investigation and identification of close contacts for testing are currently ongoing.
All the additional cases reported today are close contacts to Case 33. Of these, four (4) cases (Cases, 85, 86, 87 and 93) are the first-generation close contacts to Case 33, while six (6) cases (Cases 84, 88, 89, 90, 91 and 92) are the second-generation close contacts to Case 33. They were all identified during contact tracing activities and have been admitted to the isolation wards in hospitals for further management.
MOH wishes to inform that based on investigations of close contacts of Case 26, another COVID-19 cluster was identified relating to Case 33. A total of 132 close contacts have been identified relating to Case 33. Of these, 18 cases were confirmed COVID-19 cases, all admitted to hospitals and are in stable conditions. Meanwhile, 38 individuals tested negative and placed under the 14-day home surveillance (under the Observation and Surveillance Order). The remaining 76 individuals are still awaiting test results, however they are all reported to be healthy and placed under the 14-day home surveillance as well. MOH is still conducting the investigation and contact tracing activities for close contacts to identify the source of infection and to prevent further spread of the infection.
MOH also wishes to inform that Case 78 that was reported on 6 March 2020, were detected amongst Patient Under Investigation (PUI). She has a history of travelling to Indonesia for seven days from 13 February 2020, and developed symptoms on 19 February 2020. A total of 67 close contacts have been identified and samples taken. All close contacts have been placed under the 14-day home surveillance.
With these additional ten (10) cases, cumulatively there are now 93 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. They are amongst Patients Under Investigation (PUI), close contacts and evacuees of the Humanitarian Assistance missions. Of these, 75 are Malaysians, 15 Chinese nationals and three (3) of other nationalities (US, Japan and Italy).
MOH is conducting COVID-19 surveillance to detect sporadic and local cases in Malaysia through patients with influenza-like-illness (ILI) and severe acute respiratory syndrome (SARI) with no history of travelling to affected countries or contacts with confirmed COVID-19 cases. As of 7 March 2020, a total of 432 samples have been tested and none were found to be positive for COVID-19. Currently there is no sporadic COVID-19 cases that have been detected by this surveillance.
Health Advisory
- MOH advises all Malaysians to postpone travel to provinces or cities declared with COVID-19 outbreaks in the People’s Republic of China, Republic of Korea, Japan, Italy and Iran (as announced previously).
- The public is also advised to constantly maintain a high level of personal hygiene, wash hands frequently with soap and water, or use hand sanitisers. Please seek early medical treatment for symptoms of respiratory tract infection e.g. fever, cough and/or difficulty breathing.
- The public is also reminded not to share or disseminate unverified news or information on COVID-19. The latest official information on the latest development on COVID-19 can be obtained from the MOH’s website.
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation and the public will be updated on the latest information.
Thank you.
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Director General of Health Malaysia
7 March 2020 @ 4 pm
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press