Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 11 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kes ke-78 yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 11 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 20 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih sedang dijalankan sehingga punca di mana jangkitan ini terjadi dapat dikenalpasti.

Dengan pertambahan 20 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes. Daripada jumlah ini:

  • sebanyak 22 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19;
  • 124 kes dari kalangan kontak rapat;
  • satu (1) kes dalam kalangan severe acute respiratory infection (SARI) melalui survelan COVID-19; dan
  • dua (2) lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan.

Sehingga ini dua (2) kes telah dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil. Daripada dua (2) kes ini, satu (1) kes sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, manakala satu (1) kes lagi dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

Di samping itu, KKM juga telah menjalankan survelan COVID-19 bagi mengesan kes terpencil atau sporadik di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif COVID-19. Sehingga 9 Mac 2020, sebanyak 600 sampel (138 SARI dan 462 ILI) telah diuji dan setakat ini satu (1) sampel dikesan positif jangkitan COVID-19. Siasatan masih sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan kes sporadik ini.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa semua 66 rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang dibawa pulang dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan pada 26 Februari 2020, boleh dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah menamatkan tempoh pemantauan di Pusat Pengawasan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Kesemua mereka tidak bergejala dan semua sampel ulangan bagi mereka telah disahkan negatif.

SITUASI JANGKITAN COVID-19 DI BRUNEI

International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei telah memaklumkan IHR FP Malaysia mengenai kes yang disahkan COVID-19 dikesan di negara itu. Kes tersebut dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020. 

Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini melibatkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia. Peserta dari Malaysia adalah dianggarkan melebihi 5,000 orang. Semua Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini di negeri masing-masing.

NASIHAT KESIHATAN

Berikutan dari kejadian COVID-19 di Brunei, KKM menasihatkan mereka yang telah menghadiri perhimpunan tabligh itu:

  1. sekiranya mengalami gejala diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau CPRC Negeri di talian yang disertakan dalam Lampiran 1 atau menghubungi Virtual Health Advisory (kolaborasi KKM bersama DoctorOnCall) melalui pautan di laman sesawang KKM, untuk nasihat lanjut. Selain itu, KKM juga telah berkolaborasi dengan BookDoc di mana orang ramai boleh muat turun aplikasi BookDoc melalui Google Play store (untuk android sahaja) untuk mendapatkan perkhidmatan “Health Advice” dengan doktor secara percuma melalui chat sahaja. Sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri termasuk kerap mencuci tangan dengan cara yang betul, mengamalkan etika batuk dan bersin yang baik serta memakai topeng muka (face mask);

         DAN

  1. sekiranya tidak mengalami gejala untuk mengamalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain selama 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tersebut.

KKM menyeru agar semua yang telah menghadiri perhimpunan ini memberi kerjasama kepada pihak KKM bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak terus merebak dalam komuniti.

KKM juga ingin menggesa agar:

  1. semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku;
  2. sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan;
  3. individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain;
  4. orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19; dan
  5. rakyat Malaysia yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan IHR FP dari negara-negara lain. Orang ramai akan dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya dari semasa ke semasa. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai COVID-19 melalui laman sesawang KKM. Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi Infoline CPRC Kebangsaan melalui:

  • No. telefon:        03-8881 0200 / 03-8881 0600

                                       / 03-8881 0700 yang beroperasi dari

                                       8:00 pagi hingga 5:00 petang; dan

  • E-mel         :        cprc@moh.gov.my

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

11 Mac 2020 @ 5:00 petang

b

____________________________________________________________________________________________

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

11 March 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that Case 78 has fully recovered and discharged well. Cumulatively, 26 confirmed cases have fully recovered and discharged well.

Current Situation of COVID-19

11 March 2020, 12 pm – A total of 20 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. The close contacts of these additional cases are being identified, and contact tracing activities and investigations are still ongoing to identify the source of infection.

With these additional 20 cases, cumulatively there are now 149 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Of these:

  • 22 cases amongst Patients Under Investigation (PUI);
  • 124 cases amongst close contacts;
  • One (1) case from the severe acute respiratory infection (SARI) surveillance for COVID-19; and
  • Two (2) cases amongst the Humanitarian Assistance mission evacuees.

The two (2) cases earlier reported to be in the intensive care unit (ICU) requiring ventilation support are still in the ICU but currently in stable conditions. Of these, one (1) case in in Sungai Buloh Hospital and one (1) case in Sultanah Aminah Hospital, Johor Bahru.

MOH is conducting COVID-19 surveillance to detect sporadic and local cases in Malaysia through patients with influenza-like-illness (ILI) and severe acute respiratory syndrome (SARI) with no history of travelling to affected countries or contacts with confirmed COVID-19 cases. As of 11 March 2020, a total of 600 samples (138 for SARI and 462 for ILI) have been tested and one (1) sample was found to be positive for COVID-19. Investigation is currently ongoing to identify the source for this sporadic case.

MOH also wishes to inform that all 66 Malaysians and family members who were brought back from Wuhan, China through the Humanitarian Assistance mission on 26 February 2020 have been allowed to return back to their respective homes after completing the 14-day home surveillance at the Higher Education Leadership Academy (Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi – AKEPT). They remained asymptomatic and all repeated COVID-19 tests were negative.

Current Situation of COVID-19 in Brunei Darussalam

The International Health Regulations (IHR) Focal Point for Brunei Darussalam has notified the Malaysian IHR Focal Point of the confirmed COVID-19 case detected in their country. This case was reported to have a history of travelling to a Tabligh (religious) gathering in Seri Petaling mosque in Selangor from 27 February 2020 until 1 March 2020.

Based on preliminary information, an estimated 10,000 individuals from several countries, including Malaysia, participated in this gathering. The participants from Malaysia were estimated to be over 5,000 individuals. All State Health Departments are currently conducting investigations in their respective states.

Health Advisory

Based on this recent COVID-19 case diagnosed in Brunei Darussalam, MOH advises all individuals who have attended the Tabligh gathering to:

  1. If symptomatic, to immediately contact the nearest District Health Office or State CPRC (contact details in Appendix 1) or contact the Virtual Health Advisory (collaboration between MOH and DoctorOnCall) through the link in MOH’s website for further advice. In addition, MOH is also collaborating with BookDoc, where the public can download the BookDoc application through the Google Play store (for Android only) to access the “Health Advice” with doctor service for free via chat only. They are also advised to maintain a high level of personal hygiene, wash hands frequently with the correct technique, practice good cough and sneezing etiquette, and to wear facemasks;

AND

  1. If asymptomatic, to practice social distancing by maintaining a distance of at least 1 metre from other individuals for 14 days from the last date of attending the gathering.

MOH strongly urges all individuals who attended the gathering to give their full cooperation with MOH to ensure that the COVID-19 infection does not spread further in the community.

MOH also strongly advises that:

  1. To postpone all mass gatherings involving the public to reduce the risk of COVID-19 infection;
  2. If unwell with respiratory tract infection symptoms, not to attend events or programs involving the public or in crowded public places, including religious activities;
  3. Individuals with symptoms are advised to practice social distancing, of at least 1 metre distance from other individuals;
  4. The public is advised not to travel to countries affected by the COVID-19 infection; and
  5. Malaysians with respiratory tract infection symptoms not to visit or travel to other parts of Malaysia during the upcoming school break.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation through information obtained from the World Health Organization (WHO) and the IHR Focal Points of other countries. The public will be continuously updated on the latest information. Therefore, MOH advises the public to obtain the official latest information on COVID-19 from the MOH’s website. For additional information, please contact the National CPRC Infoline at:

Telephone: 03-88810200 / 03-88810600 / 03-88810700

                  (8 am to 5 pm, daily)

Email:        cprc@moh.gov.my.

Thank you.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Director General of Health Malaysia

11 March 2020 @ 5 pm

 

a

Categories: Communicable disease, Press

Tagged as: