Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 14 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa dua (2) kes (kes ke-35 dan kes ke-61) yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Sungai Buloh. Ini menjadikan 35 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada 14 Mac 2020 jam 12.00 tengah hari, sebanyak 41 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes baharu yang telah disahkan ini adalah dari kalangan patient under investigation (PUI) (37 kes) dan kontak rapat kes COVID-19 (4 kes). Dengan pertambahan 41 kes baharu ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes.

Sehingga kini, seramai 203 kes masih dirawat di wad dengan lima (5) daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan anti-viral.

Sehingga 14 Mac 2020, sebanyak 1,321 sampel dari pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) telah diuji di IMR, semua makmal kesihatan awam dan hospital. Setakat ini tiga (3) sampel positif jangkitan COVID-19. Kesemua kes positif ini berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh.

NASIHAT KESIHATAN

Orang awam dinasihatkan untuk kekal tenang dan diminta mengelak sama sekali untuk menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan perhimpunan tabligh ini demi menjaga keharmonian umum. Sentiasa dapatkan maklumat terkini perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 ini dari kenyataan akhbar dan pengumuman yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan/atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

KKM ingin menegaskan keputusan Kerajaan yang telah diumumkan melalui Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020. Keputusan ini akan diteliti semula apabila situasi COVID-19 bertambah baik.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada penduduk komuniti lemah (vulnerable community) dan rentan jangkitan terutama di kawasan pendalaman seperti komuniti Orang Asli, KKM menasihatkan agar sebarang organisasi atau kumpulan yang ingin menjalankan aktiviti bersama komuniti ini untuk menangguhkan berjumpa dengan penduduk komuniti ini. Namun begitu, KKM akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada penduduk kawasan pendalaman, termasuk kepada komuniti Orang Asli melalui aktiviti outreach. Ia bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan KKM serta kesihatan komuniti ini terus dipelihara.

KKM juga amat mengalu-alukan sebarang bantuan perubatan, sumbangan berkaitan perubatan atau kolaborasi perubatan yang ingin ditawarkan oleh mana-mana pihak termasuk organisasi bukan Kerajaan (NGO). KKM memohon agar tawaran atau usul tersebut dikemukakan kepada KKM melalui bagi diselaraskan oleh KKM.

Sebagai langkah mencegah penularan COVID-19 di hospital,

  1. pelawat ke hospital dihadkan kepada DUA (2) ORANG bagi setiap pesakit dalam satu-satu masa;
  2. kanak-kanak di bawah umur 12 TAHUN TIDAK DIBENARKAN melawat pesakit di wad;
  3. pelawat yang mempunyai GEJALA INFLUENZA seperti sakit tekak, batuk, selesema, demam, muntah dan cirit-birit tidak dibenarkan berada di wad; dan
  4. pelawat yang berisiko tinggi mendapat jangkitan seperti yang menghidap penyakit kronik dan indidvidu dengan imuniti rendah (contoh pesakit dalam rawatan barah) tidak dibenarkan melawat hospital KECUALI atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Mac 2020 @ 5:00 petang

____________________________________________________________________________________________

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

14 March 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that two (2) cases (Case 35 and Case 61) have fully recovered and discharged well from Sungai Buloh Hospital. Cumulatively, 35 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well.

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

14 March 2020, 12 pm – A total of 41 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Of these, 37 cases are amongst Patients Under Investigation (PUI) and 4 cases amongst close contacts. With these additional 41 cases, cumulatively there are now 238 confirmed COVID-19 cases in Malaysia.

Currently, 203 confirmed cases are admitted into hospitals, with five (5) receiving treatment in intensive care units requiring ventilation support. They have all received anti-viral medications.

As of 14 March 2020, a total of 1,321 samples from patients with influenza-like-illness (ILI) and severe acute respiratory syndrome (SARI) have been tested at the Institute for Medical Research (IMR), all public health laboratories and hospitals throughout the country. Currently, three (3) samples were found to be positive for COVID-19 and alll these positive cases were related to the Tabligh gathering cluster.

 

Health Advisory

The public are advised to remain calm and to completely refrain from sharing or disseminating unverified news or information relating to the Tabligh gathering to ensure public harmony. Please obtain the latest official information on COVID-19 from the press statements and announcements issued by the Prime Minister’s Office and the Ministry of Health Malaysia.

MOH re-emphasises the decision of the Malaysian Government as announced by the Prime Minister on 13 March 2020, requesting that all public events, including international meetings, sports, social and religious events, are either postponed or cancelled depending on suitability until 30 April 2020. This decision will be reviewed once the COVID-19 situation shows improvement.

To reduce the risk of COVID-19 infection to vulnerable and susceptible populations, particularly those living in the interiors e.g. Orang Asli communities, MOH advises that all organisations or groups implementing activities with these communities to postpone any face-to-face engagement. However, MOH will continue to deliver medical and health services to the population living in the interiors, including the Orang Asli communities through outreach activities. This is to ensure continuity of MOH’s services and protecting the health of these communities.

MOH also welcomes all forms of medical or health support, contribution of medications and medical collaboration from any organisation, including Non-Governmental Organisation (NGO). MOH requests that any offers or proposals be submitted to the MOH via email for further discussion.

To reduce the risk of COVID-19 infection in hospitals:

  1. Visitors to hospitals will be limited to two (2) individuals per patient at any one time;
  2. Children under the age of 12 years are not allowed as visitors to the wards;
  3. Individuals with influenza-like symptomsg. sore throat, cough, runny nose, fever, vomiting and diarrhoea are not allowed as visitors to the wards; and
  4. Individuals with high risk of infection, particularly those with chronic diseases or with low immunity (e.g. cancer patients on treatment) are not allowed as visitors to the wards, except under extenuating circumstances.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, and the public will be continuously updated on the latest information.

Thank you.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Director General of Health Malaysia

14 March 2020 @ 5 pm