Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 26 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 215 kes.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 26 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 235 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,031 kes.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 235 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 60 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. Manakala baki 175 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster.

Sehingga kini, seramai 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

26.3

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

Pelaporan terbaru ini dan dua (2) pelaporan melalui siaran di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan malam dan pagi tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 23 kes:

  • Kes kematian ke-20 merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 4.35 petang.
  • Kes kematian ke-21 merupakan kes ke-1588, lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun. Beliau juga merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling dan telah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 23 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020, jam 4.00 pagi.
  • Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau juga telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan juga mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 yang menghadiri perhimpunan yang sama. Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 8.15 malam.
  • Kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun daripada Kajang. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak mulai 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.37 tengah hari. Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID-19.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

ANGGOTA KESIHATAN DAN POTENSI JANGKITAN COVID-19

Pihak KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 26 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, dilaporkan bahawa terdapat 80 anggota kesihatan KKM dikesan positif penyakit COVID-19.

Setakat ini, TIADA kes jangkitan anggota kesihatan KKM yang disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM. Daripada jumlah tersebut, seramai 39 anggota adalah dari kejadian kluster di Hospital Teluk Intan, Perak. Mengambil kira situasi semasa, KKM telah menetapkan agar semua anggota kesihatan dan anggota sokongan Hospital Teluk Intan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di hospital tersebut.

Semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan.

Pengamal perubatan di hospital dan klinik swasta juga merupakan barisan hadapan dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. KKM ingin menasihatkan semua pengamal perubatan swasta untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang dinyatakan di atas terutamanya mengamalkan penggunaan penutup mulut dan hidung (face mask) semasa mengendalikan pesakit dan menggunakan PPE yang sesuai apabila melaksanakan sebarang prosedur klinikal.

PERKHIDMATAN KESIHATAN IBU HAMIL DAN ANAK DI KLINIK KESIHATAN, KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK SERTA KLINIK DESA

Walaupun dalam keadaan situasi wabak COVID-19 ini, KKM ingin menekankan bahawa Perkhidmatan Kesihatan Ibu Hamil dan Anak adalah berjalan seperti biasa. Anggota kesihatan juga akan melaksanakan perkhidmatan lawatan ke rumah kepada ibu lepas bersalin untuk memastikan ibu dan anak dalam keadaan sihat. Bagi ibu hamil dan ibubapa yang berada di luar kawasan, bolehlah mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan Kerajaan atau swasta yang berdekatan.

Justeru, ibu hamil diminta untuk menjalani pemeriksaan mengikut tarikh temujanji yang diberikan. Perkhidmatan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak juga diteruskan seperti biasa. Ibubapa diminta untuk mematuhi jadual imunisasi dan tarikh temujanji yang telah ditetapkan. KKM ingin mengingatkan tentang kepentingan mematuhi jadual imunisasi kanak-kanak bagi mencegah terjadinya kejadian wabak penyakit cegahan vaksin (vaccine preventable diseases).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi klinik kesihatan yang berdekatan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, orang awam boleh menghubungi virtual health advisory dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan mengikuti sesi Facebook live KKM dari 10.00 pagi hingga 10.30 pagi dan Facebook live DoctorOnCall dari 3.00 petang hingga 3.30 petang yang akan diadakan dari hari Isnin sehingga Jumaat .

Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KKM; http://www.moh.gov.my/index.php

Pihak KKM ingin melahirkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan COVID-19 di semua peringkat yang sedang bertungkus lumus dalam menangani penularan jangkitan ini di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

26 Mac 2020 @ 5:00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI  

BILANGAN KES BAHARU

BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 10
KEDAH 3 72
PULAU PINANG 4 74
PERAK 23 151
SELANGOR 75 510
NEGERI SEMBILAN 9 132
MELAKA 0 33
JOHOR 43 239
PAHANG 2 66
TERENGGANU 1 39
KELANTAN 10 94
SABAH 2 172
SARAWAK 10 95
W.P. KUALA LUMPUR 51 321
W.P. PUTRAJAYA 2 18
W.P. LABUAN 0 5
JUMLAH KESELURUHAN 235 2,031

 ____________________________________________________________________________________________

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

26 March 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 16 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 215 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well.

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

26 March 2020, 12 pm – A total of 235 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 2,031 confirmed COVID-19 cases in Malaysia.

Based on preliminary investigations, of these 235 additional confirmed cases, 60 cases are related to the gathering in Seri Petaling mosque. The remaining 175 cases are still being investigated and likely to be related to other clusters.

Currently, 45 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units(ICU), and of these, 32 cases are on ventilation support.

Regretfully, four (4) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH. Of these, two deaths were already reported last night and this morning through postings on the Director General of Health’s Facebook. Cumulatively, there are now 23 COVID-19 deaths in Malaysia:

  1. Death #20: Case 780 is a 76 year-old Malaysian man. He participated in the gathering at Seri Petaling mosque. He was admitted into Sultan Ismail Petra Hospital, Kelantan on 18 March 2020. He was pronounced dead on 25 March 2020 at 4.35 pm.
  2. Death #21: Case 1,588 is a 63 year-old Malaysian man. He also participated in the gathering at Seri Petaling mosque. He was admitted into Sultanah Bahiyah Hospital, Kedah on 23 March 2020. He was pronounced dead on 26 March 2020 at 4.00 am.
  3. Death #22: Case 1,797 is a 48 year-old Malaysian man. He has a history of chronic diseases. He also participated in the gathering at Seri Petaling mosque and has a history of close contact with a confirmed COVID-19 case who also attended the same gathering. He was admitted into Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor. He was pronounced dead on 23 March 2020 at 8.15 pm.
  4. Death #23: Case 1,840 is a 62 year-old Malaysian man from Kajang, Selangor. He has a history of chronic diseases. He was admitted into Raja Permaisuri Bainun Hospital, Perak on 23 March 2020. He was pronounced dead on 25 March 2020 at 12.37 pm. Investigation is still on-going to determine the relationship with existing clusters.

MOH conveys condolences to all family members.

Healthcare Workers and Risk of COVID-19 Infection

As of 26 March 2020, 12 pm, a total of 80 MOH health care workers (HCWs) have been reported to be positive for COVID-19.

Currently, NONE of these cases were from managing confirmed COVID-19 cases in MOH healthcare facilities. Of these 80 cases, 39 HCWs are from the Teluk Intan Hospital, Perak cluster. Based on this current situation, MOH has ordered that all HCWs and support staff of Teluk Intan Hospital to be tested for COVID-19.

MOH advises all HCWs and frontliners to constantly practice preventive and precautionary measures as recommended, in particular always maintain hand cleanliness, practice social distancing and use personal protective equipment (PPE) as required.

Medical practitioners at private hospitals and clinics are also frontliners in delivery of healthcare to the public. MOH advises that all private medical practitioners to also constantly practice preventive and precautionary measures as recommended above, in particular on the use of face masks during consultations and to use appropriate PPE for any clinical procedures.

Maternal and Child Health Services in Health Clinics, Maternal and Child Health Clinics and Klinik Desa (Rural Health Clinics)

Even in the current COVID-19 situation, MOH emphasises that Maternal and Child Health (MCH) Services are functioning as usual. HCWs will still conduct post-natal home visits to ensure that mothers and infants are in good health. For pregnant women or parents currently away from home, they can obtain MCH services from the nearest health clinic (government or private clinic).

MOH urges that pregnant women to comply to their appointment dates for antenatal check-ups. Immunisation services for infants and children will also continue as usual. Parents are requested to adhere to the immunisation schedule and appointment dates. MOH emphasises the importance of adhering to the immunisation schedule for children to prevent the occurrence of vaccine-preventable diseases.

For any queries, please contact the nearest health clinic.

Health Advisory on COVID-19

For medical or health advice, the public can contact the Virtual Health Advisory from 8.30 am to 5.00 pm daily, and also join the MOH Facebook live sessions from 10.00 am to 10.30 am and DoctorOnCall Facebook live sessions from 3.00 pm to 3.30 pm, Monday to Friday.

The public can also contact the National CPRC MOH hotline. Further information on the COVID-19 situation in Malaysia is also available through the National CPRC MOH Telegram channel https://t.me/cprckkm.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information through MOH’s website http://www.moh.gov.my/index.php

MOH wishes to express appreciation to all COVID-19 frontliners at all levels currently working hard in managing the infection in Malaysia.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

26 March 2020 @ 5.00 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 26 March 2020, 12 pm)

State No. of New Cases Cumulative
Perlis 0 10
Kedah 3 72
Pulau Pinang 4 74
Perak 23 151
Selangor 75 510
Negeri Sembilan 9 132
Melaka 0 33
Johor 43 239
Pahang 2 66
Terengganu 1 39
Kelantan 10 94
Sabah 2 172
Sarawak 10 95
WP Kuala Lumpur 51 321
WP Putrajaya 2 18
WP Labuan 0 5
Total 235 2,031