Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 27 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 44 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 259 kes.

 

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 27 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 130 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,161 kes.

Sehingga kini, seramai 54 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian baharu berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Ini termasuk satu (1) pelaporan yang disiarkan di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan pagi tadi. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 26 kes.

  • Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.
  • Kes kematian ke-25 (kes ke-2032) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.
  • Kes kematian ke-26 (kes ke-1321), adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1309). Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 pada 10.30 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

Kerajaan Malaysia telah mengambil pendekatan drastik dalam membendung penularan jangkitan COVID-19 dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 yang kini dilanjutkan tempoh sehingga 14 April 2020.  KKM sememangnya memantau rapat kes-kes positif yang dilaporkan di seluruh Malaysia. Mengambil kira situasi semasa, Kerajaan mendapati terdapat keperluan untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

Seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) semalam, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor bermula pada 27 Mac 2020 sehingga 9 April 2020.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, Daerah Kluang, Johor melaporkan sebanyak 88 kes positif COVID-19, dengan 74 daripadanya adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Tujuan PKPD ini adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut dan bagi memutuskan rangkaian jaringan penulasan COVID-19. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) dari rumah ke rumah dilaksanakan, selain aktiviti nyahkuman dijalankan di kawasan berkaitan.

KKM mensasarkan 300 sampel ujian diambil setiap hari bermula hari ini. Persampelan akan diutamakan kepada golongan kontak rapat, individu bergejala, dan golongan atau kumpulan yang berisiko terlebih dahulu.

Untuk makluman, kerja pembersihan dan disinfeksi di tempat- tempat awam akan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Majlis Daerah Simpang Renggam. Kerja pembersihan akan bertumpu di tempat-tempat tumpuan awam. Penerangan juga akan diberi kepada semua penduduk tentang tatacara disinfeksi rumah yang betul.

Perkhidmatan kesihatan di Klinik Desa Dato’ Ibrahim Majid diteruskan seperti biasa manakala perkhidmatan kecemasan akan diselaraskan oleh Pusat Penyelarasan Perubatan Kecemasan (MECC).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang telah diberikan oleh pihak KKM. Setiap rakyat Malaysia boleh memainkan peranan dalam menangani penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Rakyat Malaysia diseru agar:

  1. Berada di rumah.
  2. Mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing).
  3. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, orang awam boleh menghubungi virtual health advisory dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan mengikuti sesi Facebook live KKM dari 10.00 pagi hingga 10.30 pagi dan Facebook live DoctorOnCall dari 3.00 petang hingga 3.30 petang yang akan diadakan dari hari Isnin sehingga Jumaat. Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM.

Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Mac 2020 @ 5:00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 10
KEDAH 1 73
PULAU PINANG 6 80
PERAK 8 159
SELANGOR 36 546
NEGERI SEMBILAN 6 138
MELAKA 0 33
JOHOR 20 259
PAHANG 4 70
TERENGGANU 2 41
KELANTAN 4 98
SABAH 10 182
SARAWAK 15 110
W.P. KUALA LUMPUR 16 337
W.P. PUTRAJAYA 2 20
W.P. LABUAN 0 5
JUMLAH KESELURUHAN 130 2,161

 ____________________________________________________________________________________________

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

27 March 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 44 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 259 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well.

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

27 March 2020, 12 pm – A total of 130 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 2,161 confirmed COVID-19 cases in Malaysia.

Currently, 54 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units(ICU), and of these, 34 cases are on ventilation support.

Regretfully, three (3) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH. Of these, one death was already reported earlier this morning through a posting on the Director General of Health’s Facebook. Cumulatively, there are now 26 COVID-19 deaths in Malaysia:

  1. Death #24: Case 1,056 is a 35 year-old Malaysian man who has a history of travelling to Indonesia. He was admitted into Kuala Lumpur Hospital on 18 March 2020. He was pronounced dead on 26 March 2020 at 9.30 pm.
  2. Death #25: Case 2,032 is a 83 year-old Malaysian man who has a history of chronic diseases. He was admitted into Raja Permaisuri Bainun Hospital, Perak on 25 March 2020. He was pronounced dead on 26 March 2020 at 6.55 pm.
  3. Death #26: Case 1,321 is a 53 year-old Malaysian man who was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 1,309). He was admitted into Sungai Buloh Hospital on 22 March 2020. He was pronounced dead on 27 March 2020 at 10.30 am.

MOH conveys condolences to all their family members.

Enhanced Movement Control Order

The Malaysian Government has taken a drastic approach to reduce the spread of COVID-19 by implementing the Movement Control Order from 18 March 2020, that has now been extended until 14 April 2020. MOH is closely monitoring the number of new COVID-19 cases reported throughout Malaysia. Based on recent developments, the Government has decided to implement the Enhanced Movement Control Order (Enhanced MCO) in high-risk localities.

As announced by the Senior Minister (for Security Cluster) yesterday, the Government has decided to implement the Enhanced MCO in Kampung Dato’ Ibrahim Majid and Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid in Simpang Renggam, Kluang, Johor beginning 27 March 2020 to 9 April 2020.

As of noon today, Kluang District, Johor reported 88 cases of COVID-19, and of these, 74 cases are from Kampung Dato’ Ibrahim Majid and Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majidin Simpang Renggam, Kluang, Johor.

The main objective of the Enhanced MCO is to prevent further spread of COVID-19 out of affected localities and to break the chain of COVID-19 transmission. This measure will allow more effective active case detection from house to house, as well as disinfection activities in these affected localities.

MOH aims to collect 300 samples daily starting today. Sampling will be prioritised amongst close contacts of confirmed cases, individuals with symptoms and individuals with known risk factors for more severe COVID-19 infection.

Cleaning and disinfection activities of public areas will be carried out in collaboration with the Ministry of Housing and Local Government, and the Simpang Renggam District Council. These activities will focus on common public areas. Information on proper home disinfection procedures will also be given to all residents.

The health services provided at Klinik Desa Dato’ Ibrahim Majid will continue as normal, while emergency services will be coordinated by the Medical Emergency Coordination Centre (MECC).

Health Advisory on COVID-19

MOH advised the public to constantly practice the various health advisories issued by MOH. Each and every Malaysian can play an important role in reducing the spread of COVID-19 in the country. All Malaysians must:

  1. Remain at home
  2. Practise social distancing
  3. Wash hands frequently with water and soap

For medical or health advice, the public can contact the Virtual Health Advisory from 8.30 am to 5.00 pm daily, and also join the MOH Facebook live sessions from 10.00 am to 10.30 am and DoctorOnCall Facebook live sessions from 3.00 pm to 3.30 pm, Monday to Friday. The public can also contact the National CPRC MOH hotline.

Further information on the COVID-19 situation in Malaysia is also available through the National CPRC MOH Telegram channel https://t.me/cprckkm.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

27 March 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 27 March 2020, 12 pm)

State No. of New Cases Cumulative
Perlis 0 10
Kedah 1 73
Pulau Pinang 6 80
Perak 8 159
Selangor 36 546
Negeri Sembilan 6 138
Melaka 0 33
Johor 20 259
Pahang 4 70
Terengganu 2 41
Kelantan 4 98
Sabah 10 182
Sarawak 15 110
WP Kuala Lumpur 16 337
WP Putrajaya 2 20
WP Labuan 0 5
Total 130 2,161