Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 31 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 58 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 537 kes (19.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 31 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 140 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,766 kes.

Sehingga kini, seramai 94 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan enam (6) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 43 kes (1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.04 petang.
  • Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau telah meninggal dunia pada 27 Mac 2020 di rumah beliau dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
  • Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 1:03 petang.
  • Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.
  • Kes kematian ke-42 (kes ke-2628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 7.09 pagi.
  • Kes kematian ke-43 (kes ke-2629) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

EVALUASI RINGKAS SITUASI SELEPAS PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN SELAMA DUA (2) MINGGU

Setelah dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dapat melihat tren jumlah kes baharu yang dilaporkan setiap hari (Lampiran 2). Didapati jumlah kes harian terus meningkat dan kadang kala mendatar, manakala jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari. Data ini menunjukkan kesan daripada aktiviti yang dijalankan oleh KKM dan pelbagai agensi dalam tempoh satu bulan kebelakangan ini. Namun begitu, tempoh dua minggu yang seterusnya adalah mustahak, di mana ia akan menentukan samada tindakan yang diambil oleh kerajaan setakat ini memberi impak yang diharapkan. Ini sememangnya berkait rapat dengan tingkah laku masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Statistik juga menunjukkan terdapat dua (2) kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 berbanding kumpulan umur yang lain. Dua kumpulan tersebut adalah dalam lingkungan 26 sehingga 30 tahun dan juga 56 sehingga 60 tahun.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2020 sehingga 14 April 2020, manakala beberapa lokasi telah diisytihar sebagai lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order). Seperti dimaklumkan, tempoh dua minggu akan datang ini adalah amat penting di mana kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Justeru, KKM ingin menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah (‘stay at home’) sambil mengamalkan etika kebersihan diri misalnya kerap membasuh tangan dan jarakkan diri (sosial distancing) antara satu sama lain. Sekiranya mempunyai gejala, gunakan penutup hidung dan mulut. Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan mengamalkan perkara-perkara berikut;

  • Makan secara sihat dengan menyediakan menu sihat dan seimbang. Kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak, manakala lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Jalani gaya hidup yang aktif dengan melakukan aktiviti fizikal ataupun senaman ringan.
  • Bagi mereka yang merokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. Bukan perokok pula boleh ‘speak out’ kepada ahli keluarga yang merokok agar semua bebas daripada bahaya rokok dan asap rokok.
  • Pupuk minda yang positif diri sendiri dan juga ahli keluarga. Amalkan teknik relaksasi yang betul dan tenangkan minda dalam menjalani kehidupan seharian.

Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, orang awam boleh menghubungi virtual health advisory dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan mengikuti sesi Facebook live KKM dari 10.00 pagi hingga 10.30 pagi dan Facebook live DoctorOnCall dari 3.00 petang hingga 3.30 petang yang akan diadakan dari hari Isnin sehingga Jumaat.

Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Mac 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 31 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI  

BILANGAN KES BAHARU

BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 1 12
KEDAH 0 77
PULAU PINANG 6 94
PERAK 5 189
SELANGOR 32 704
NEGERI SEMBILAN 9 181
MELAKA 2 52
JOHOR 16 349
PAHANG 3 102
TERENGGANU 0 47
KELANTAN 4 131
SABAH 5 206
SARAWAK 21 156
W.P. KUALA LUMPUR 34 430
W.P. PUTRAJAYA 2 26
W.P. LABUAN 0 10
JUMLAH KESELURUHAN 140 2,766

WhatsApp Image 2020-03-31 at 4.16.13 PM

Sumber: CPRC Kebangsaan

WhatsApp Image 2020-03-31 at 4.43.20 PMSumber: CPRC Kebangsaan

 ____________________________________________________________________________________________

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

31 March 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 58 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 537 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (19.4% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

31 March 2020, 12 pm – A total of 140 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 2,766 confirmed COVID-19 cases in Malaysia.

Currently, 94 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 60 cases are on ventilation support.

Regretfully, six (6) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 43 COVID-19 deaths in Malaysia (1.55% of total cumulative cases):

  1. Death #38: Case 2,269 is a 48 year-old Malaysian woman who has a history of hypertension. She was a close contact to Case 2,750. She was admitted into Tuanku Jaafar Hospital, Negeri Sembilan on 25 March 2020. She was pronounced dead on 30 March 2020 at 4.04 pm.
  2. Death #39: Case 2,626 is a 69 year-old Malaysian man who has a history of diabetes and hypertension. He also has a history of travelling to Saudi Arabia. He passed away at home on 27 March 2020 and the body was brought to Kuala Lumpur Hospital.
  3. Death #40: Case 2,627 is a 69 year-old Malaysian man who has a history of diabetes and hypertension. He was admitted into Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital Johor and was pronounced dead on 26 March 2020 at 1.03 pm.
  4. Death #41: Case 1,275 is a 40 year-old Indonesian man. He was admitted into Sarawak General Hospital on 20 March 2020 and was pronounced dead on 31 March 2020 at 1.38 am.
  5. Death #42: Case 2,628 is a 81 year-old Malaysian man who has a history of heart disease. He was admitted into University of Malaya Medical Centre on 27 March 2020 and was pronounced dead on 31 March 2020 at 7.09 am
  6. Death #43: Case 2,629 is a 73 year-old Malaysian man who has a history of diabetes and heart disease. He was admitted into Tengku Ampuan Rahimah Hospital, Selangor on 29 March 2020 and was pronounced dead on 30 March 2020 at 4.30 pm.

MOH conveys condolences to all of the family members.

Situational Analysis After Two Weeks of the Movement Control Order

After two weeks of enforcement of the Movement Control Order (MCO), the trend of new COVID-19 cases reported daily is shown in Appendix 2. Overall, the number of new cases continues to increase with occasional plateauing, while the number of patients discharged from the wards daily continues to increase. These data reflect the impact of activities done by MOH and related agencies over the last one month. However, the next two weeks are crucial because the data will reflect whether the measures taken by the Government to date have achieved the desired impact. The outcome will be strongly correlated with the public in complying to the MCO.

The data also shows that there are two age groups with the highest confirmed COVID-19 cases compared to other age groups i.e. between 26 to 30 years; and between 56 to 60 years old.

Health Advisory on COVID-19

The second phase of the Movement Control Order is enforced from 1 April 2020 until 14 April 2020. Several localities have been declared as localities placed under the Enhanced Movement Control Order (EMCO). As mentioned earlier, the next two weeks are crucial as the cooperation of everyone, individuals and organisations are crucial to ensure that the COVID-19 infection chain can be broken.

Thus, MOH advices the public to remain at home, while constantly practicing good personal hygiene, such as frequent hand washing and social distancing. If unwell with symptoms, use a face mask. In addition, the public is advised the following healthy lifestyle:

  • Eat healthy by preparing a healthy and balanced menu. Reduce intake of sugar, salt and fat; and eat more fruits and vegetables.
  • Practice an active lifestyle by doing physical activity or indoor light exercises.
  • For those who smoke, take this opportunity to quit smoking. Non-smokers can also speak out to family members who smoke to reduce exposure to cigarette smoke and the dangers of smoking.
  • Cultivate a positive mindset for yourself and family members. Practice proper relaxation techniques and calm your mind every day.

For medical or health advice, the public can contact the Virtual Health Advisory from 8.30 am to 5.00 pm daily, and also join the MOH Facebook live sessions from 10.00 am to 10.30 am and DoctorOnCall Facebook live sessions from 3.00 pm to 3.30 pm, Monday to Friday.

The public can also contact the National CPRC MOH hotline. Further information on the COVID-19 situation in Malaysia is also available through the National CPRC MOH Telegram channel https://t.me/cprckkm.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

31 March 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 31 March 2020, 12 pm)

State No. of New Cases Cumulative
Perlis 1 12
Kedah 0 77
Pulau Pinang 6 94
Perak 5 189
Selangor 32 704
Negeri Sembilan 9 181
Melaka 2 52
Johor 16 349
Pahang 3 102
Terengganu 0 47
Kelantan 4 131
Sabah 5 206
Sarawak 21 156
WP Kuala Lumpur 34 430
WP Putrajaya 2 26
WP Labuan 0 10
Total 140 2,766