STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 122 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 767 kes (24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 2 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 208 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes.
Sehingga kini, seramai 105 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan lima (5) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
- Kes kematian ke-46 (kes ke-2909) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 11.10 malam.
- Kes kematian ke-47 (kes ke-2910) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout. Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 7.10 malam.
- Kes kematian ke-48 (kes ke-2572) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 8.01 pagi.
- Kes kematian ke-49 (kes ke-1273) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-2107). Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 1 April 2020 jam 8.36 malam.
- Kes kematian ke-50 (kes ke-1767) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 2.20 petang.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
PENGENALAN SISTEM ONLINE APPOINTMENT DI KLINIK KESIHATAN
Sistem Online Appointment di Klinik Kesihatan merupakan kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan empat (4) syarikat iaitu Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan DoctorOnCall. Ini adalah sebagai inisiatif untuk mengurangkan kesesakan di klinik-klinik kesihatan khususnya semasa pandemik jangkitan COVID-19 bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di klinik pada sesuatu masa perlu diamalkan, selaras dengan penjarakan sosial (social distancing).
Melalui sistem Online Appointment ini, pelanggan boleh memilih slot waktu temujanji untuk datang ke klinik bagi mendapatkan perkhidmatan. Sistem ini adalah untuk kes-kes walk-in penyakit ringan sahaja.
Sistem ini bakal dilaksanakan secara berfasa bermula dengan 4 buah klinik kesihatan iaitu KK Presint 9, 11, 14 dan 18 di Wilayah Persekutuan Putrajaya bersama DoctorOnCall. Selanjutnya perkhidmatan ini akan diperluaskan ke klinik kesihatan yang terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dengan kolaborasi Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan DoctorOnCall.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Pihak KKM prihatin dengan keadaan semasa berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mungkin boleh mengakibatkan orang ramai mengalami pelbagai emosi seperti kerisauan, panik, sedih dan murung.
KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat menjaga kesihatan minda dengan mengambil beberapa langkah berikut:
- Elakkan bersendirian dan kongsi perasaan anda dengan seseorang yang dipercayai
- Saling memberi kata-kata positif kepada diri sendiri, ahli keluarga dan rakan
- Saling berhubung dan berinteraksi dengan orang tersayang dan rakan rapat, menggunakan pelbagai medium komunikasi
- Beribadat mengikut kepercayaan masing-masing
- Amalkan teknik relaksasi
- Lakukan aktiviti fizikal di rumah
- Makan secara sihat
Justeru, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan sokongan psikososial dengan menghubungi talian berikut:
011-63996482 / 011-63994236 / 03-29359935
Waktu operasi adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari.
Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 April 2020 @ 5.00 petang
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 2 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI |
BILANGAN KES BAHARU |
BILANGAN KES KUMULATIF |
PERLIS | 0 | 12 |
KEDAH | 1 | 80 |
PULAU PINANG | 2 | 98 |
PERAK | 6 | 200 |
SELANGOR | 74 | 800 |
NEGERI SEMBILAN | 18 | 207 |
MELAKA | 7 | 70 |
JOHOR | 27 | 395 |
PAHANG | 3 | 114 |
TERENGGANU | 2 | 50 |
KELANTAN | 3 | 137 |
SABAH | 1 | 210 |
SARAWAK | 23 | 211 |
W.P. KUALA LUMPUR | 34 | 488 |
W.P. PUTRAJAYA | 7 | 34 |
W.P. LABUAN | 0 | 10 |
JUMLAH KESELURUHAN | 208 | 3,116 |
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
2 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 122 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 767 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (24.6% of total cumulative cases).
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
2 April 2020, 12 pm – A total of 208 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 3,116 confirmed COVID-19 cases in Malaysia.
Currently, 105 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 54 cases are on ventilation support.
Regretfully, five (5) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 50 COVID-19 deaths in Malaysia (1.6% of total cumulative cases):
- Death #46: Case 2,909 is a 37 year-old Malaysian man who has a history of chronic diseases and impaired immunity. He was admitted into Sultanah Aminah Hospital, Johor on 28 March 2020 and was pronounced dead on 31 March 2020 at 11.10 pm.
- Death #47: Case 2,910 is a 78 year-old Malaysian man who has a history of hypertension and gout. He was admitted into Sultanah Fatimah Hospital, Johor on 17 March 2020 and was pronounced dead on 29 March 2020 at 7.10 pm.
- Death #48: Case 2,572 is an 85 year-old Malaysian man who has a history of diabetes, hypertension and heart disease. He was admitted into Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor on 29 March 2020 and was pronounced dead on 2 April 2020 at 8.01 am.
- Death #49: Case 1,273 is a 61 year-old Malaysian man. He was a close contact to Case 2,107. He was admitted into Sarawak General Hospital on 20 March 2020 and was pronounced dead on 1 April 2020 at 8.36 pm.
- Death #50: Case 1,767 is a 69 year-old Malaysian man. He was admitted into Tuanku Ja’afar Hospital, Negeri Sembilan on 22 March 2020 and was pronounced dead on 2 April 2020 at 2.20 pm.
MOH conveys condolences to all of the family members.
Introduction of Online Appointments in MOH Health Clinics
The Online Appointment System in MOH health clinics is a collaboration between MOH and four companies i.e. Queuemed, EncoreMed, BookDoc and DoctorOnCall. This is an initiative to reduce congestion in health clinics especially during the current COVID-19 situation, to prevent a large gathering of people in the clinics at any particular point in time, in line with social distancing practices.
Through this Online Appointment System, patients can select appointment slots to come to the clinic for treatment or other related services. This System will be only for patients with minor conditions or diseases on a walk-in basis.
This System will be implemented in phases, starting with four health clinics i.e. Klinik Kesihatan Precinct 9, 11, 14 and 18 in Putrajaya with DoctorOnCall. The System will then be expanded to selected health clinics in Kuala Lumpur and Selangor in collaboration with Queuemed, EncoreMed, BookDoc and DoctorOnCall.
Health Advisory on COVID-19
MOH is very concerned that the current situation under the Movement Control Order (MCO) may cause people to experience various negative emotions such as anxiety, panic, sadness and depression.
MOH would like to take this opportunity to call on the public to maintain their mental health by taking the following steps:
- Avoid being alone, and share your feelings with someone you trust.
- Speak positive words to yourself, family members and friends.
- Keep in touch and interact with loved ones and close friends, using a variety of communication mediums.
- Pray according to your beliefs.
- Practice relaxation techniques
- Be physically active at home
- Eat healthily.
Psychosocial support services are available to the public by calling the following numbers:
011-63996482 / 011-63994236 / 03-29359935
(8.00 am to 5.00 pm daily)
The public can also contact the National CPRC MOH hotline. Further information on the COVID-19 situation in Malaysia is also available through the National CPRC MOH Telegram channel https://t.me/cprckkm.
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.
Thank you.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
2 April 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 2 April 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases | Cumulative |
Perlis | 0 | 12 |
Kedah | 1 | 80 |
Pulau Pinang | 2 | 98 |
Perak | 6 | 200 |
Selangor | 74 | 800 |
Negeri Sembilan | 18 | 207 |
Melaka | 7 | 70 |
Johor | 27 | 395 |
Pahang | 3 | 114 |
Terengganu | 2 | 50 |
Kelantan | 3 | 137 |
Sabah | 1 | 210 |
Sarawak | 23 | 211 |
WP Kuala Lumpur | 34 | 488 |
WP Putrajaya | 7 | 34 |
WP Labuan | 0 | 10 |
Total | 208 | 3,116 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.