PUTRAJAYA, 6th April 2020 – The “Solidarity Trial”, launched by the World Health Organization (WHO), will see Malaysia’s involvement in an international effort to test several drugs in treating COVID-19.
The WHO globally coordinated trial is an unprecedented effort to collect reliable data and compare the safety and effectiveness of four treatment protocols using different combinations of Remdesivir, Lopinavir/Ritonavir, Interferon beta, Chloroquine and Hydroxychloroquine.
The Director General of Health, Ministry of Health (MOH) Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said, MOH has fast-tracked the process to implement the drug trials to treat patients with COVID-19, which will begin soon. The nine MOH hospitals included are Tuanku Fauziah Hospital, Sultanah Bahiyah Hospital, Pulau Pinang Hospital, Sungai Buloh Hospital, Kuala Lumpur Hospital, Melaka Hospital, Tengku Ampuan Afzan Hospital, Sarawak General Hospital and Queen Elizabeth Hospital.
“The global pandemic is affecting more than 180 countries, and one of these drugs may be our best hope for treating people infected with COVID-19,” said Dr Ying-Ru Lo, the Head of Mission and WHO Representative to Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore. “This is our chance, as a global community, to turn the tide against the pandemic. Malaysia will be a valued partner in this trial to evaluate potential treatments that are more effective, and to save lives in the global battle to fight this virus.”
The research will be headed by Dr Chow Ting Soo, Infectious Disease (ID) Consultant at Pulau Pinang Hospital with a team comprising of 16 ID physicians and pharmacists as Co-Investigators at the respective MOH hospitals. Director General of Health, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah gave his assurance that the trial will adhere to all safety standards set by the National Pharmaceutical Regulatory Agency.
“Malaysia’s participation in this worldwide trial could help find life-saving medicines for COVID-19 through evaluating their safety and effectiveness,” said Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. He added that MOH Institute for Clinical Research (ICR) and Clinical Research Malaysia (CRM) would help facilitate the implementation of the WHO-initiated trial in Malaysia.
END
SIARAN AKHBAR KKM-WHO
Malaysia memulakan “Kajiselidik Solidariti” global – usaha penyelidikan untuk menguji rawatan yang berpotensi bagi COVID-19
PUTRAJAYA, 6hb April 2020 – “Kajiselidik Solidariti”, yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), akan menyaksikan penglibatan Malaysia dalam usaha antarabangsa untuk menguji beberapa ubat dalam merawat COVID-19.
Kajiselidik yang diselaraskan oleh WHO di seluruh dunia ini adalah satu usaha yang julung kali dilakukan bagi mengumpul data yang boleh dipercayai dan membandingkan keselamatan dan keberkesanan empat protokol rawatan menggunakan kombinasi Remdesivir, Lopinavir / Ritonavir, Interferon beta, Chloroquine dan Hydroxychloroquine.
Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian telah menyegerakan proses pelaksanaan kajiselidik ubat untuk merawat pesakit COVID-19 yang akan bermula tidak lama lagi. Sebanyak sembilan buah hospital akan terlibat iaitu Hospital Tuanku Fauziah, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Melaka, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth.
“Pandemik global ini menjejaskan lebih 180 buah negara, dan salah satu daripada ubat-ubatan ini adalah harapan terbaik untuk merawat orang yang dijangkiti COVID-19,” kata Dr Ying-Ru Lo, Ketua Misi dan Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. “Inilah peluang kita, sebagai sebuah komuniti global, untuk menentang gelombang pandemik ini. Malaysia akan menjadi rakan kongsi yang penting dalam kajiselidik ini untuk menilai rawatan yang berpotensi yang lebih berkesan, dan menyelamatkan nyawa dalam pertempuran global untuk melawan virus ini.”
Penyelidikan ini akan diketuai oleh Dr Chow Ting Soo, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit di Hospital Pulau Pinang dengan pasukan yang terdiri daripada 16 Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dan ahli farmasi sebagai Penyelidik Bersama di hospital-hospital KKM masing-masing. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan bahawa kajiselidik tersebut akan mematuhi semua piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
“Penyertaan Malaysia dalam kajiselidik sedunia ini dapat membantu dalam pencarian ubat menyelamatkan nyawa untuk COVID-19 melalui penilaian keselamatan dan keberkesanannya,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau menambah bahawa Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM dan Clinical Research Malaysia (CRM) akan membantu memudahkan pelaksanaan inisiatif kajiselidik WHO di Malaysia.
TAMAT
Categories: Press