STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 236 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,241 kes (32.72 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 6 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 131 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,793 kes.
Sehingga kini, seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 62 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
- Kes kematian ke-62 (kes ke-3663) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif COVID-19 daripada perhimpunan di Seri Petaling (iaitu kes ke-1265, kes ke-1266, kes ke-1267, kes ke-1404 dan kes ke-2549). Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga tersebut.
KLUSTER COVID-19 YANG TERBENTUK HASIL DARIPADA PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN
Seperti dimaklumkan oleh KKM sebelum ini, perhimpunan besar-besaran sememangnya memberi impak secara mendadak dalam peningkatan kes-kes COVID-19 di Malaysia. Hasil siasatan terhadap beberapa kes dan kluster COVID-19, KKM ingin memaklumkan mengenai dua (2) kluster COVID-19 yang didapati berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran:
- Persidangan keagamaan di gereja selama 3 hari yang telah berlangsung di Kuching, Sarawak. Setakat ini, seramai 83 orang telah disahkan positif COVID-19 daripada kluster ini, di mana terdapat:
-
- dua (2) kes kematian (kes ke-358 dan kes ke-2471)
- lima (5) kes kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU)
- 50 kes sedang dirawat di hospital
- 25 kes bawah pemerhatian di pusat kuarantin
- Satu (1) kes discaj yang telah pulih sepenuhnya.
- Majilis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor di mana ianya merupakan satu kluster jangkitan COVID-19 yang kemudiannya telah membentuk jangkitan sehingga generasi ke-5. Sehingga 6 April 2020, 88 kestelah disahkan positif COVID-19 daripada kluster ini, termasuk satu (1) kes dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU). Setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan berkaitan dengan kluster ini.
Kedua-dua kluster ini melibatkan jangkitan COVID-19 sehingga generasi ke-5.
Susulan itu tindakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 adalah bertepatan sekali, bagi memutuskan rangkaian penularan virus COVID-19 di kalangan masyarakat. Walaubagaimanapun setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan Malaysia dalam memastikan usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 ini berjaya.
Masyarakat juga diseru untuk mengelak daripada mempersalahkan atau mendiskriminasi mana-mana pesakit atau kumpulan yang dikaitkan dengan kluster jangkitan COVID-19. Janganlah kita stigmakan mereka. Apa yang penting, adalah kita membantu mengesan dan merawat jangkitan COVID-19 di kalangan mereka yang terlibat, keluarga dan kontak mereka.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Pihak KKM memohon orang ramai menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan:
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun
- Mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
Maklumat lanjut mengenai COVID-19 di Malaysia boleh didapati melalui:
- Talian CPRC Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): 03-8881 0200; 03-88810600; 03-88810700
- Telegram CPRC KKM; https://t.me/cprckkm
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 April 2020 @ 5.00 petang
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 6 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI |
BILANGAN KES BAHARU |
BILANGAN KES KUMULATIF |
PERLIS |
0 |
13 |
KEDAH | 3 | 85 |
PULAU PINANG | 0 | 101 |
PERAK | 6 | 219 |
SELANGOR | 27 | 970 |
NEGERI SEMBILAN | 8 | 239 |
MELAKA | 10 | 99 |
JOHOR | 30 | 468 |
PAHANG | 3 | 161 |
TERENGGANU | 6 | 90 |
KELANTAN | 1 | 142 |
SABAH | 2 | 240 |
SARAWAK | 12 | 273 |
W.P. KUALA LUMPUR | 18 | 640 |
W.P. PUTRAJAYA | 4 | 41 |
W.P. LABUAN | 1 | 12 |
JUMLAH KESELURUHAN | 131 | 3,793 |
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
6 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 236 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 1,241 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (32.72% of total cumulative cases).
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
6 April 2020, 12 pm – A total of 131 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 3,793 confirmed COVID-19 cases in Malaysia.
Currently, 102 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 54 cases are on ventilation support.
Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 62 COVID-19 deaths in Malaysia (1.63% of total cumulative cases):
- Death #62: Case 3,663 is a 67 year-old Malaysian man who has a history of diabetes and hypertension. He was a close contact to several confirmed COVID-19 cases who were also index cases from the Seri Petaling gathering (Cases 1,265, 1,266, 1,267, 1,404 and 2,549) He was admitted into Sultanah Nur Zahirah Hospital, Terengganu on 29 March 2020 and was pronounced dead on 5 April 2020 at 10.22 am.
MOH conveys condolences to the family members.
COVID-19 Infection Clusters Resulting from Large Gatherings
As previously informed, large gatherings have a large impact, resulting in a sudden increase of COVID-19 cases in Malaysia. Investigations of several COVID-19 cases and clusters have shown that two clusters were related to large gatherings:
- A three-day religious conference in a church held in Kuching, Sarawak. To date, a total of 83 individuals have been diagnosed positive for COVID-19 from this cluster, and of these:
- Two deaths (Cases 358 and 2,471)
- Five critical cases in ICU
- 50 in-patient cases in hospitals
- 25 cases under observation in quarantine stations
- One case fully recovered and discharged well
- A wedding event in Bandar Baru Bangi, Selangor, resulting in a COVID-19 cluster with five generations of infection transmission. As of 6 April 2020, there are 88 confirmed COVID-19 cases in this cluster, including one critical case in ICU. To date, no death has been reported in connection with this cluster.
In both clusters, there were five generations of COVID-19 infection transmission.
Therefore, the implementation of the Movement Control Order (MCO) starting from 18 March 2020 was the correct decision to stop and reduce the COVID-19 infection transmission in the community. However, everyone must play their part in assisting the Malaysian Government in our effort to successfully break the COVID-19 infection transmission chain in the country.
MOH urges the public to refrain from blaming and discriminating against any patients or groups of individuals associated with any of the COVID-19 infection clusters. Please do not stigmatise them. Instead, it is important for us to help detect and treat COVID-19 infections among those involved, their families and their close contacts.
Health Advisory on COVID-19
MOH urges the public to fulfil their responsibilities:
- Always maintain good personal hygiene, such as washing hands often with water and soap
- Practice social distancing at least 1 meter away from others
Further information on COVID-19 in Malaysia can be obtained from:
- National CPRC MOH hotline: 03-8881 0200; 03-88810600; 03-88810700
- National CPRC MOH Telegram channel: https://t.me/cprckkm
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.
Thank you.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
6 April 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 6 April 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases | Cumulative |
Perlis | 0 | 13 |
Kedah | 3 | 85 |
Pulau Pinang | 0 | 101 |
Perak | 6 | 219 |
Selangor | 27 | 970 |
Negeri Sembilan | 8 | 239 |
Melaka | 10 | 99 |
Johor | 30 | 468 |
Pahang | 3 | 161 |
Terengganu | 6 | 90 |
Kelantan | 1 | 142 |
Sabah | 2 | 240 |
Sarawak | 12 | 273 |
WP Kuala Lumpur | 18 | 640 |
WP Putrajaya | 4 | 41 |
WP Labuan | 1 | 12 |
Total | 131 | 3,793 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.