Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 121 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,608 kes (38.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 9 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 109 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,228 kes. Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga kini, seramai 72 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 67 kes (1.58 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-66 (kes ke-2798) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 59 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik yang lain. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 5.00 pagi.
  • Kes kematian ke-67 (kes ke-2864) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 23 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit tiroid. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-2469 dan kes ke-2470) dan merupakan kes generasi ke-5 kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak (beliau bukan peserta persidangan ini). Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 9.42 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

ISU KEBAJIKAN BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA SEMASA WABAK  COVID-19

Sehingga 9 April 2020 jam 12 tengah hari, pihak KKM telah mengesan sebanyak 416 kes positif COVID-19 di kalangan bukan warganegara Malaysia, termasuk dua (2) kes kematian iaitu kes ke-1906 (warga Pakistan) yang telah dilapor pada 8 April 2020 dan kes ke-1275 (warga Indonesia) yang dilaporkan pada 31 Mac 2020.

Daripada jumlah tersebut, antara negara utama adalah:

  • 51 kes terdiri daripada warganegara Indonesia
  • 37 kes terdiri daripada warganegara India
  • 31 kes terdiri daripada warganegara Myanmar
  • 29 kes terdiri daripada warganegara Pakistan
  • 27 kes terdiri daripada warganegara Filipina

KKM bekerjasama rapat dengan pihak United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) bagi memastikan golongan pelarian dan pemohon suaka (asylum seeker) turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Selain itu, KKM juga mendapat banyak bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan juga sukarelawan dalam menjalankan aktiviti pengesanan di lapangan dengan penglibatan anggota di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja, seramai 137 orang sukarelawan dari pelbagai sektor telah menggembleng tenaga bagi bersama-sama menjalankan aktiviti ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

STATUS TERKINI KAPASITI MAKMAL UNTUK MENJALANKAN UJIAN PENGESANAN DAN PENGESAHAN COVID-19

Pada peringkat awal, Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research; IMR) merupakan satu-satunya makmal yang terlibat secara langsung dalam menjalankan ujian pengesanan COVID-19 di Malaysia. Kapasiti makmal tersebut kini telah diperluaskan dan diperkukuhkan melibatkan 43 buah makmal daripada sektor awam, universiti dan sektor swasta.

Terkini, kapasiti maksima makmal untuk menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19 adalah sebanyak 11,546.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM menyeru rakyat Malaysia supaya mematuhi segala arahan berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Kegagalan mematuhi mana-mana arahan tersebut, sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.

Semasa berada di rumah, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun serta sentiasa amalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

9 April 2020 @ 5.00 petang

 

 BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 17
KEDAH 2 93
PULAU PINANG 0 108
PERAK 4 241
SELANGOR 40 1,118
NEGERI SEMBILAN 11 281
MELAKA 3 119
JOHOR 7 503
PAHANG 14 183
TERENGGANU 5 98
KELANTAN 1 148
SABAH 0 248
SARAWAK 6 312
W.P. KUALA LUMPUR 14 699
W.P. PUTRAJAYA 2 47
W.P. LABUAN 0 13
JUMLAH KESELURUHAN 109 4,228

 

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

9 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 121 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 1,608 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (38.0% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

9 April 2020, 12 pm – A total of 109 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 4,228 confirmed COVID-19 cases in Malaysia.

Currently, 72 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 43 cases are on ventilation support.

Regretfully, two (2) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 67 COVID-19 deaths in Malaysia (1.58% of total cumulative cases):

  1. Death #66: Case 2,798 is a 59 year-old Malaysian man with a history of autoimmune disease and several other chronic diseases. He also participated in the Seri Petaling gathering. He was admitted into Melaka on 31 March 2020 and was pronounced dead on 9 April 2020 at 5.00 am.
  1. Death #67: Case 2,864 is a 23 year-old Malaysian woman with a history of hypothyroid disease. She was a close contact to two confirmed COVID-19 cases (Cases 2,469 and 2,470) and the 5th generation of infection from the church gathering cluster in Kuching (she did not participate in the gathering). She was admitted into Sarawak General Hospital on 30 March 2020 and was pronounced dead on 9 April 2020 at 9.42 am. The source of infection for these three cases is still under investigation.

MOH conveys condolences to all the family members.

The Welfare of Non-Malaysians During COVID-19

As of 9 April 2020, 12 pm, MOH has detected 416 COVID-19 cases among non-Malaysians, including two (2) death: Case 1,906 (Pakistan national, reported on 8 April 2020) and Case 1,275 (Indonesian, reported on 31 March 2020).

Of these, the main nationalities are:

  • 51 cases were Indonesian nationals
  • 37 cases were Indian nationals
  • 31 cases were Myanmar nationals
  • 29 cases were Pakistan nationals
  • 27 cases were Philippine nationals

MOH is working closely with the United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) to ensure that refugees and asylum seekers are also included in the prevention and control activities undertaken by the Government. In addition, MOH has received assistance from non-governmental organisations (NGOs) and volunteers in conducting field surveillance activities by healthcare workers from the respective District Health Offices. In WP Kuala Lumpur alone, a total of 137 volunteers from various sectors have worked together for this activity. MOH would like to thank all parties involved.

Current Status of Laboratory Capacities for Detection of COVID-19

Initially, the Institute for Medical Research (IMR) was the only laboratory involved in conducting the COVID-19 testing in Malaysia. The laboratory capacity has now expanded and strengthened to include 43 laboratories from the public, universities and the private sector.

The maximum capacity of the laboratories is currently at 11,546 COVID-19 tests daily.

Health Advisory on COVID-19

MOH strongly emphasises the importance of all Malaysians in complying with the Movement Control Order. Failure to comply to all directives issued under this Order, if convicted of an offense, may be punishable under Section 24 of Act 342.

While staying at home, MOH advises the public to always practice a high level of personal hygiene, such as washing hands frequently with water and soap, and practice social distancing at least 1 meter away from others.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

9 April 2020 @ 5.00 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 9 April 2020, 12 pm)

State No. of New Cases Cumulative
Perlis 0 17
Kedah 2 93
Pulau Pinang 0 108
Perak 4 241
Selangor 40 1,118
Negeri Sembilan 11 281
Melaka 3 119
Johor 7 503
Pahang 14 183
Terengganu 5 98
Kelantan 1 148
Sabah 0 248
Sarawak 6 312
WP Kuala Lumpur 14 699
WP Putrajaya 2 47
WP Labuan 0 13
Total 109 4,228