Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 10 April 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 222 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,830 kes (42.11 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 10 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 118 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,346 kes. Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

Sehingga kini, seramai 69 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 70 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-68 (kes ke-694) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 daripada kluster Seri Petaling (kes ke-159). Beliau telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2020 jam 8.21 pagi.
  • Kes kematian ke-69 (kes ke-4229) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2020 jam 4.00 pagi
  • Kes kematian ke-70 (kes ke-4230) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 88 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan dementia. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-1684). Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2020 jam 2.38 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 10 April

PENGURUSAN MAYAT / JENAZAH COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa Institut Perubatan Forensik Negara telah menjalankan satu bedah siasat terhadap satu mayat kes COVID-19. Bedah siasat dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 Akta 342. Penemuan bedah siasat mendapati terdapat virus COVID-19 dikesan pada permukaan badan mayat melalui analisa Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Penemuan baru ini adalah selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh KKM sebelum ini dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac 2020 serta Majlis Perundingan Malaysia, Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (MCCBCHST) pada 16 Mac 2020. Tatacara tersebut merangkumi pengurusan jenazah Islam di mana hanya dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah, manakala bagi mayat bukan Islam apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat.

STATUS TERKINI SELEPAS PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) mula dilaksanakan di beberapa lokasi yang berisiko tinggi misalnya Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang yang merupakan lokasi pertama berkuatkuasanya PKPD, iaitu pada 27 Mac 2020.

Sebanyak 1,634 ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, di mana 138 kes didapati adalah positif COVID-19 dan 1,496 adalah negatif. Adalah dimaklumkan bahawa 79 kes positif telah dikesan sebelum PKPD manakala selebih 59 kes positif telah dikesan selepas PKPD dikuatkuasakan. Terdapat (3) kes kematian COVID-19  dari kawasan ini (iaitu kes ke-1114, kes ke-1251, dan kes ke-2627).

Kawasan sekitar Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid telah dikenalpasti (Buffer Zone) iaitu meliputi Kampung Dato Ibrahim Majid, Kampung Parit Penghulu, Kampung Parit Salleh dan Taman Seri Bayu yang dianggarkan mempunyai penduduk seramai 1,800 orang. Pengesanan kes secara aktif (ACD) telah dilaksanakan ke atas sekitar 1,500 orang dengan 359 orang daripada mereka telah menjalani saringan sampel berdasarkan penilaian risiko. 13 Kes didapati positif, 88 kes negatif dan 258 kes dalam proses ujian makmal.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa tempoh PKPD, termasuk bancian penduduk, Active Case Detection (ACD) rumah ke rumah, pengambilan sampel, aktiviti disinfeksi berkaitan dan promosi kesihatan. Bagi kes yang disahkan positif COVID-19, pesakit akan dikuarantin di Pusat Kuarantin Latihan JAKOA Kluang.

PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

KKM menyambut baik pelanjutan dua (2) minggu Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi. Ini akan memberi ruang kepada Kerajaan untuk memerangi penularan COVID-19 ini, sebelum kita dapat menilai semula tahap keberkesanan serta keadaan semasa jangkitan COVID-19.

Berdasarkan situasi terkini COVID-19 di Malaysia, didapati pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dapat membantu KKM dalam membendung penularan penyakit ini kepada satu tahap yang sedikit stabil. Ini dapat diperhatikan daripada tren kes COVID-19 dan trajektori yang diunjurkan melalui kajian yang telah dijalankan oleh KKM.

Namun begitu, ianya masih di peringkat pertengahan dan masih memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan. Malahan ianya perlu dipesatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan ini melalui peningkatan aktiviti sedia ada serta beberapa pendekatan baharu dan khusus kepada kumpulan sasar tertentu.

Ini adalah wajar, sepertimana yang disebut sendiri oleh Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 25 Mac 2020 iaitu tindakan agresif seperti melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dapat memberi peluang kepada sesebuah negara untuk mengharungi jangkitan COVID-19.

Dr Tedros turut mengingatkan bahawa tindakan untuk menamatkan Perintah ini dengan terlalu awal boleh mengakibatkan penularan semula COVID-19 di sesebuah negara. Dikhuatiri, kes penularan COVID-19 mungkin akan rancak kembali berlaku di kalangan masyarakat. Orang ramai akan terus dijangkiti, warga emas dan golongan berisiko tinggi akan terkesan dan kapasiti sistem kesihatan akan semakin tipis untuk melawan gelombang yang mungkin lebih besar daripada apa yang dilihat kini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi pada setiap masa dengan kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun serta sentiasa amalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 April 2020 @ 5.00 petang

  

LAMPIRAN 1

 

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 10 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 17
KEDAH 0 93
PULAU PINANG 1 109
PERAK 1 242
SELANGOR 30 1,148
NEGERI SEMBILAN 11 292
MELAKA 14 133
JOHOR 20 523
PAHANG 4 187
TERENGGANU 3 101
KELANTAN 1 149
SABAH 2 250
SARAWAK 15 327
W.P. KUALA LUMPUR 14 713
W.P. PUTRAJAYA 2 49
W.P. LABUAN 0 13
JUMLAH KESELURUHAN 118 4,346

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

 

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

10 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 222 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 1,830 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (42.11% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

10 April 2020, 12 pm – A total of 118 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 4,346 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. The number of cases discharged well is more than the number of additional confirmed cases reported today.

Currently, 69 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 40 cases are on ventilation support.

Regretfully, three (3) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 70 COVID-19 deaths in Malaysia (1.61% of total cumulative cases):

  1. Death #68: Case 694 is a 62 year-old Malaysian man with a history of diabetes. He was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 159) from the Seri Petaling cluster. He was admitted into Queen Elizabeth Hospital, Sabah on 17 March 2020 and was pronounced dead on 10 April 2020 at 8.21 am.
  2. Death #69: Case 4,229 is a 77 year-old Malaysian man with a history of diabetes. He was admitted into Kuala Lumpur Hospital on 27 March 2020 and was pronounced dead on 10 April 2020 at 4.00 am.
  3. Death #70: Case 4,230 is an 88 year-old Malaysian woman with a history of hypertension, heart disease and dementia. She was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 1,684). She was admitted into University of Malaya Medical Centre on 20 March 2020 and was pronounced dead on 10 April 2020 at 2.38 am.

MOH conveys condolences to all the family members.

Management of COVID-19 Bodies

MOH would like to inform that the National Institute of Forensic Medicine, MOH had conducted an autopsy on a COVID-19 patient. This autopsy was done under Section 16 of the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342). The autopsy revealed that the COVID-19 virus was detected on the surface of the body through real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) analysis conducted by the Institute for Medical Research (IMR).

This finding supports the views submitted to MOH previously and approved by the “Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia” (Meeting of the National Special Council for Islamic Religious Affairs of Malaysia) that convened on 15 March 2020, as well as the Malaysian Consultative Council for Buddhists, Christians, Hindus, Sikhs, and Taoists Religions Meeting that convened on 16 March 2020. This includes the management of bodies and burial. For those of Islamic faith, only the tayammum (dry ritual purification using purified sand or dust, instead of ritual washing with water) is allowed on the surface of the body bag. Whereas for those of other religions, any religious or traditional rituals can only be conducted on the surface of the body bag.

Current Status of the Implementation of the Enhanced Movement Control Order (EMCO)

The Enhanced Movement Control Order (EMCO) has been implemented in several high-risk localities. For example, Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid in Simpang Renggam, Kluang was the first locality to be placed under the EMCO on 27 March 2020.

A total of 1,634 COVID-19 screening tests have been conducted, and of these, 138 individuals were found to be COVID-19 positive and 1,496 individuals were negative. Of note, 79 positive cases were detected prior to the enforcement of the EMCO, with the remaining 59 positive cases detected after the EMCO. There were three (3) COVID-19 deaths from this locality (Cases 1,114, 1,251, and 2,627).

The surrounding areas around Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid has been designated as the Buffer Zone, that includes Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Kampung Parit Penghulu, Kampung Parit Salleh and Taman Seri Bayu, with an estimated combined population of 1,800 people. Active case detection (ACD) has been conducted on 1,500 individuals, of which 359 were screened (samples taken) based on their risk assessment. Of these, 13 individuals were found to be positive for COVID-19, 88 individuals were negative, and 258 samples are currently being tested.

Various activities are being carried out during this EMCO period, including a population census, ACD from house to house, collection of samples, disinfection-related activities and health promotion. For confirmed COVID-19 cases, these patients were placed under quarantine at the JAKOA Training Centre Quarantine Station in Kluang, Johor.

Extension of the Movement Control Order

MOH welcomes the further two-week extension of the Movement Control Order (MCO) as announced by the Prime Minister a little while ago. This will provide further opportunity for the Government in effectively managing the spread of the COVID-19 infection, before MOH can re-evaluate the level of effectiveness and current situation of the COVID-19 infection in the country.

Based on the latest situation of COVID-19 in Malaysia, the implementation of the MCO was found to have assisted MOH in limiting the spread of the infection to a more stable level. This can be seen from the trend of additional COVID-19 cases reported daily and the infection trajectory projected by MOH based on current data.

However, Malaysia is still mid-way and will require continuous implementation of all prevention and control measures. In fact, current measures must be further strengthened to break the infection transmission chain, through enhancement of existing measures and activities, as well as incorporating new and customised approaches for specific target groups of the population.

These will be in line with the statement made by the Director General of the World Health Organization (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus on 25 March 2020, that called upon aggressive measures, such as the Movement Control Order, that will provide an opportunity for countries to better manage the COVID-19 infection.

Dr Tedros had also warned that ending the movement restrictions too early can result in a rebound and an increased rate of COVID-19 infection transmission in the country and within the community. The public will continue to be infected, older adults and individuals with chronic diseases will be disproportionately affected, and the health system capacity will be overwhelmed in managing an even bigger wave than what we are currently experiencing right now.

Health Advisory on COVID-19

MOH advises the public to always practice a high level of personal hygiene, such as washing hands frequently with water and soap, and practicing social distancing of at least 1 meter away from others.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.

 

Thank you.

 

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

10 April 2020 @ 5.00 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 10 April 2020, 12 pm)

State No. of New Cases Cumulative
Perlis 0 17
Kedah 0 93
Pulau Pinang 1 109
Perak 1 242
Selangor 30 1,148
Negeri Sembilan 11 292
Melaka 14 133
Johor 20 523
Pahang 4 187
Terengganu 3 101
Kelantan 1 149
Sabah 2 250
Sarawak 15 327
WP Kuala Lumpur 14 713
WP Putrajaya 2 49
WP Labuan 0 13
Total 118 4,346